3 malam bermalam di Asiah, 3 malam tidak pulang ke Zahratul
Ikram, teratak yang penuh dengan memori. 2 malam makan meggi berturut2 huhu.
Ya
Allah, aku mencari diri di sini..lama tak bersendirian.. mencari diri…kelam…ya
Allah..aku termasuk hambaMU yang kufur. Kufur dengan nikmatmu..
semalaman
bersembang-sembang dengan seorang adik yang sungguh bermakna, dari Vietname . tidak
sedar jam sudah ke angka 2 pagi.
semalaman berkisah tentang erti sebuah
kehidupan. Rupa-rupanya di sebalik wajah yang tidak pernah lekang dari senyuman
ceria, dari kudrat tubuhnya yang aktif beraktiviti tanpa rasa lelah dan letih,
tersimpan seribu kisah..kisah yang sungguh bermakna, hingga mencorak dirinya
seperti hari ini..
keluarga pelarian Vietnam berpindah randah dari satu negeri
ke negeri lain semenjak kecil ekoran selalu dikejar polis. Ditinggal sendirian
di rumah meneruskan pengajian darjah 3, sementarara ahli keluarga lain lari
berpindah ke negeri lain. Ya Allah, engkau peliharanya dari kecil sehingga kini
boleh meneruskan pelajaran di UIA.
Dia berkisah, bagaimana susahnya keluarganya perlu mendapatkan
visa, yang perlu senantiasa diperbaharui setiap bulan, kosnya sudah menelan berates-ratus
untuk seorang, bagaimana mungkin keluarganya mampu dengan ahli keluarga yang
ramai.
Dia berkisah tentang waktu cutinya, dia menjaja baju ke sana
ke mari, hingga merantau di negeri bersebelahan, demi mencari rezeki.. di waktu
lapang, dia menjadi pembantu rumah di rumah2 lecturer yang memerlukan
khidmatnya..
Dia berkisah itu ini…bukan untuk mengeluh, jauh sekali
menangisi..tetapi menunjukkan sayangnya ALLAH kepada dia dan keluarga.
Di sebalik kesusahan keluarganya, ayahnya menjaja ais skrim,
ibunya menjaja baju…Allah tetap mengurniakan rezeki kepada Hambanya..
Dia berkisah bagaimana dirinya mendapat ummatic scholarship,
yang mana kalau mengikut perkiraan manusia, mustahil untuk mendpatnya dengan
syarat-syaratnya yang ketat. Tapi ternyata yang memberikan rezeki itu adalah
Allah.
Dia berkisah tentang adiknya yang meneruskan pengajian
tahfiz swasta, kerana tidak boleh menyambung di sekolah kerajaan. 200 lebih
sebulan harus dibayar untuk pengajian adiknya. Dan Allah mengantar seorang
lelaki kaya untuk menjadikan adiknya anak angkat, dan menanggung semua
perbelanjaan adiknya..
Allah… subhana Allah.. cukuplah Allah sebagai pelindung
kami..
Ceritanya buat diriku menangis, tapi pasti ku tahan di
depannya. Hehe.
Semoga dirimu tabah dik..akak juga ingin setabah dirimu
secekal itu menghadapi makna sebuah kehidupan. Uhibbuki fillah