beberapa hari lagi, iium student akan menghadapi final exam..lumrah kehidupan sebagai pelajar...
GOOD LUCK KAWAN2
TERUSKAN PERJUANGAN..
TERUS MARA KE HADAPAN...he
ya Allah,,
ampunkan dosa kami
ampunkan jua dosa guru2 kami..
jangan kau hilangkan keberkatan ilmunya dari kami..
amin...
maa taufiq wa najah..
dokan kiter bersama
Wednesday, October 28, 2009
Saturday, September 19, 2009
tarawih di kampungku
Hari ini, hamba melayari banyak blog kenalan hamba. Rupanya tak kira laki dan perempuan, ramai yang suke menggunakan blog untuk bercerita hal sendiri.he. rasanya hamba pun nak citer hal sendiri jugak..huhu. walaupun sedar mana ade orang nak baca bebelan hamba ni, tapi untuk bacaan diri sendiri…hikhik
Ambe menghabiskan baki2 Ramadhan di rumah. Tahun ni, mak ambe tak bertarawih di masjid macam tahun2 lepas, tapi bertarawih kat surau kampong sebelah, alasan umun, xlarat nak panjat tangga masjid, tinggi. Yalah mak ambe pun bukannya makin muda, anak2nya kenelah paham…walaupun ambe sebenarnya rindu sangat nak dengar bacaan Hafiz2 Muda.. merdu.. harap2 nanti bakal suami ambe pun begitu.hehe..normalla tu, sume wanita kat dunia ni mesti inginkan suami yang dapat membimbing mereka mencari redha allah. Opss..sori..ke situ pulak kisahnya…
Ambe sebenarnya nak bercerita pada diri ambe, supaya kemudian hari ambe tak mudah lupa. Citer pasal bertarawih di surau,,syok rupanya, walau Tok Imam dia…mm paham2lah ye kalau kat kampong..ni dah masuk zon ngumpat k? ok2 stop
Yang bezanya, kalau kat masjid, takde sape peduli kita, tapi kat surau kg, lain citernya, first time ambe g, makcik2 kat situ, Tanya ambe ni anak sape? Mcm2lah pertanyaan..tapi ambe ingat satu soalan dari beberape orang makcik, dan jawapan yang nan satu dari mak ambe, benar2 membekas dalam otak ambe ni, “ mek ni tingkatan berape doh?” belum sempat ambe nak jawab, mak ambe dengan lancarnya menjawab,” tingkatan mendenya, dah umur 22 doh” fuh, jawapan tulah melekat dalam kepale ambe sampai tak boleh ilang2..
Nampak simple, tapi jawapan mak ambe, member I seribu tamparan pada ambe. Rupa2nya dah 22 tahun ambe menjalani kehidupan ini. Tapi ambe rasanya masih lagi begini. Umur 22, tapi wang poket, sumenya mak bagi, umur 22, tapi bergantung pada mak ambe lagi, umur 22, tapi pengalaman masih cetek, masih lagi hidup dalam angan2, apatah lagi bekal menuju alam akhirat….
Ape ambe nak buat ni??tolong!!! ya allah, moga ramadhan kali ini menjadi titik perubahan dalam kehidupanku..amin
Saturday, August 29, 2009
duhai hati...bersegeralah
Salam duhai hatiku dan sahabatku…
Sedar tidak sedar sudah 7 hari kita menyambut syahru Ramadhan, iaitu satu bulan yang sangat tinggi nilainya. Mungkin di antara kita masih lagi tidak dapat berpuasa, lantaran kedatangan haid yang memang merupakan satu fitrah bagi seorang wanita..tapi ingatlah, walaupun kita berada dalam kondisi yang tidak membolehkan kita puasa, kita masih boleh melakukan banyak lagi amalan2 soleh agar kita tak pernah ketinggalan untuk merasa kenikmatan awal Ramadhan…..
Hatiku dan sahabat yang dikasihi,
Jangan pernah biarkan walau sesaatpun kehidupan kita ini tanpa zikrullah. Sentiasa ingat Allah walau di mana saja dan pastikan tidur kita juga merupakan zikir…iaitu niatkan untuk mengembalikan kesegaran tubuh untuk meneruskan ibadah….
Hamba ingin berkongsi tentang satu perkara, percayalah… Allah akan makbulkan doa orang berpuasa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan… hamba percaya mungkin terlalu banyak keinginan, harapan yang kita dalam kehidupan kita… jadi, gunakan peluang ini untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah
Apabila umat Muhammad saw tiba ke tempat sembahyang, Allah berfirman kepada Malaikat : Hai MalaikatKu, apakah balasannya orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab Malaikat : Hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya . Firman Allah : Bahawa Aku saksikan kamu hai MalaikatKu, telah aku jadikan pahala dari puasa mereka pada bulan Ramadhan dan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredhaanKu dan keampunanKu, tiada memohon kepadaKu hari ini akan sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu .
Percayalah…Allah akan makbulkan. Berdoalah sepenuh hati mu… Hamba teringat satu ceramah dari seorang penceramah,, katanya list kan segala doa-doa sepanjang ramadhan, dan kemudian selepas Ramadhan tandakan yang mana Allah perkenankan. Hamba secara peribadi, tidak pasti perkara ni praktikal atau tak..tapi hamba sendiri pernah buat tahun lepas… subhanallah semua yang hamba listkan tertanda… walaupun hamba sendiri tak sangka hamba akan dapat, tapi hamba dapat…subhanallah…
Seorang sahabat hamba, kalau di ikutkan kitaran haidnya, haidnya dijangka pada akhir Ramadhan, tapi atas keinginan untuk bertemu lailatul Qada. Lantas dia berdoa dengan sepenuh hati….Ya Allah, aku ingin sujud pada mu di malam lailatul qada. Aku ingin merasa manisnya nikmat bertemu dalam solatku di 10 malam terakhir…..subhanallah, Allah perkenankan doanya, haidnya kalau diikutkan selama seminggu, tapi hanya 2 hari… Allahuakbar…
Ayuh hatiku serta sahabat, mari sama2 perbanyakkan berdoa……

Tuesday, August 18, 2009

“ MALASNYA GUA NAK BACA” “banyaknya kene hafaz…” yang ni tak baca lagi..yang tu tak baca lagi..kenapa takde mood nak baca ni??knp sush sangat nk msuk ni? await yang malas sngat ni….”
PERNAH MENGALAMI SITUASI SEPERTI INI???
PEngajarannya….
Jangan study last minute…
tapi ada orang yang memang kene study last minute. Kalu baca awal, tak masuk…ye ke? Ada k orang macam 2? K saje nak mencipta alasan…ntah..role model kita,Rasulullah saw pernah ke buat keje last minute? Keputusan nak berhijrah ke Madinah 2 di buat last minute K? Ada tak Rasulullah buat strategic planning before berhijrah? Ada tak? Ada tak? Tanya ni…jawablah…
BUat PllaNNING….YANG strategic punya…
Buat awal2 SEM la…sekarang? Mngu depan dh nak exam…mcm mana ye?? Takpe…mulakan hari ini…
Jangan tidur Dalam kelas…
Sape y sepanjang dia menuntut ilmu, dia tak pernah tidur dalam kelas??jawab2.knpa senyap….tahu tak ape perasaan lecturer saat melihat ank muridnya tidur???tak tahu??nanti suatu hari tahulah…
DUHAI PENUNTUT ILMU…..
ADA orang cakap, biarlah ilmu yang kite belajor 2 berkat….apa tanda berkat tu???apa?? ada orang kata, kita akan ingat ilmu tu sampai bila2, n yang penting…ilmu tu bertukar amal y soleh..y seterusnya menghasilkan iman yang mantop…bukankah itu tujuan kite..btul nggak???
Habis 2, kalu kite lupe ape y kta baca sem lepas, kira xdapat berkat la ye?? Ntah!!! Jgn Tanya hamba.. bukn kuasa hamba nk kata berkat k x…..
Betul ni nak dapat berkat?? Btul k ni? hah…kalu btul2..sila buktikan….
Ketika sedang study, ape sih y terbenak dlm hati? Nk dpt deanlist? Nak kene puji o lecturer k? nk lebih hebt dari kwn2 k? nggak!!!…hbis tu nk dapat pe? Share la sama gue…
Belajarlah ikhlaskn diri dalam menuntut ilmu..terus..g mana sih?
TOLONG TINGGALKN SEBAB2 YANG BISA MELALAIKANNYA dari memperoleh ILMU..
Lalu..g mana sih? Nggak boleh menonton CD lagi k??? betul k, ada orang kata, nak hilangkan tensen, dia tengok citer korea, bila dah naik mood, dia mula study balik….Ada k? btul k? ada orang kata, setakat tengok citer Korea, tak lalaikn dia dari ilmu…bahkan boleh Berjaya pe…
Aduish….oh..jangan lupe, hamba berckap tntng nk dapat BERKAT>>>>
Sucikn diri dari akhlak terendah dn tercela….ILMU ITU IBADAH HATI….
Enggak boleh sombong ngan ilmunya….
Pernah enggak terserempak ngn lecturer, lantas…tersenyum n beri salam..eh kok itu aje…emm… tambah ckkit don…. doakn mereka pada wk2 itu juga. Tak usah tadah tngn, bikin orang slh anggp pada kito..biarlah ianya berlagu dlam hati kite je….
YA ALLAH AMPUNILAH DOSA KU, AMPUNI JUA DOSA GURU KU INI. JANGAN KAU BUKA KEAIBANNYA DI DEPAN ORANG RAMAI, DAN JANGAN KAU HILANGKAN KEBERKATAN ILMUNYA DARI KU….
SELAMAT BERAMALa
Monday, August 10, 2009
MALU UNTUK SEKEPING GAMBAR- revision

MALU UNTUK SEKEPING GAMBAR- revision
SAMPLE SAHAJA!
INTRO : SAYA KEMBALIKAN ENTRI INI KERANA PERISTIWA BERIKUT MASIH LAGI BERLELUASA. JUGA DISEBABKAN KEKANGAN MASA DAN TANGGUGJAWAB YANG TIDAK MEMBERI KESEMPATAN UNTUK MENYEDIAKAN ENTRI BARU. KADANG-KADANG ADA PERKARA YANG KITA PERLU LAKUKANNYA BERULANG-ULANG KERANA MANUSIA TIDAK CUKUP DENGAN SATU AMARAN.
# mungkin fokus tulisan kali ini adalah kepada wanita, tetapi saya sangat mengalukan pembaca muslimin yang mungkin dapat berperanan#
Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa frenster para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa frenster yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum.apatahlgi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.
Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.
Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :
“ comelnya awak”
“ geramnye..cantik”
“ aduhai, lawanya mata”
Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.
Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!
Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.
Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian
Ditulis oleh NuRizZ
insan yang begitu bermakna dalam hidupku...
umun di hari persaraannya...
umun,
k.ngah rindu bangat....
tak sanggup mengenangkan dirimu keseorangan di rumah...
umun,
insan yang tak pernah lupa akan anaknya
terima kasih ya Allah
kerna mengurniakan ibu sebaik umunku..
umun, moga umun bahagia selalu
maafkan anakmu yang kadang-kadang kurang mengerti perasaanmu..
umun.....
jangan pernah ada bosan dalam hatimu...
untuk melihat kami terus menjadi insan berguna dunia akhirat...
walau pernah kami mengguris hatimu..
namun kami sangat berharap dirimu tak pernah putus harapan
pada kami, anak2mu...
umun, pengorbananmu, jasamu, keringatmu, kata2mu...
sungguh tak ternilai...
umun, terima kasih atas segalanya....
umun..
aku ingin melihat dirimu sentiasa bahagia...
umun....
Subscribe to:
Posts (Atom)