Tuesday, February 2, 2010

sudah lama tak berblog...rindu rasanya untuk berblog...

tapi disebabkan kekangan masa, mematikan rindu nak berblog..
ini pun, rasa sungguh tak patut...menghabiskan masa di depan blog...
memandangkan banyak lagi perkara yang perlu dibaca untuk exam esok dan lusa...

moga Allah mengampuniku...

baru sahaja membentangkan tugasan...tajuknya : HOW IMAGERY LEAD TO BE KHUSYU' IN SOLAT.... IN COGNITIVE PSYCHOLOGY CLASS...

tajuknya bagus..tapi sangat sedih dengan keadaan diri sendiri...

hamba belum mampu mencontohi Rasulullah dan para sahabat solat.

mereka solat...ish...jauhnya beza dengan diri hamba ini.

rasanya hamba lebih menggigil untuk present depan orang lain, berdebar lebih hebat bila bercakap depan orang ramai...rasa gemuruh...

tapi depan Allah...seingat aku, aku tak pernah mengalami perasaan debar, takut, menggigil bila berhadapan dengan Allah dalam solat, seperti aku berdebar ketika pembentangan....

ya Allah...hinanya hambamu ini...jahilnya hambamu ini..

bilakah agaknya hambamu ini dapat memiliki perasaan itu ketika berhadpan dengan mu?????

Friday, November 6, 2009


Bersangka baiklah kepada Tuhan
www.iluvislam.com
oleh: Azamin Amin
Editor: deynarashid

"While people sleep, we work. While people work, we work ahead," Saya tidak akan lupa kata-kata itu.

Ianya terucap kira-kira 15 tahun lalu oleh pengetua kolej Mr. PMS Jassal ketika saya menekuni pengajian A-Level, jurusan undang-undang di Juara Academy College di ibu kota.

Waktu itu, saya adalah pelajar Melayu tunggal dan 'tunggul' dalam kelas seramai 30 orang itu. Berkecamuk fikiran pada hari pertama saya mendaftar. Masakan tidak, sudahlah 'solo' ditambah pula dengan 'sepatah haram' saya tidak memahami apa yang diajar.

Bukan sehari tetapi berjangkit sehingga lebih sebulan!

Tidak cukup dengan itu, saya sering menjadi bahan ketawa rakan-rakan sekelas dan pensyarah lantaran kegagalan saya untuk membuat 'presentation' jauh sekali untuk mendapat tempat teratas dalam carta kelas.

Lebih menambahkan pedih dan pilu di jiwa, apabila seorang pelajar yang selalu dianggap 'best student' dalam kelas mencabar sambil menghunuskan jari telunjuknya tepat ke muka saya. "At the end of the day, nobody can touch me, especially you!" katanya pada saya, terkelipot-kelipot malu.

Seorang pelajar wanita pula, bertaruh untuk menjamu saya makan di hotel lima bintang, sekiranya berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Saya percaya, dia berani bertaruh kerana yakin yang saya tidak akan menggapai bintang. Betul-betul menghinakan.

Kawan-kawan seperti Manoj Kumar, Manimaran, Azman Sagau dan Ronnie menenangkan saya. Mereka memberi perangsang dan selalu membantu, apa yang saya tidak tahu.

Setelah enam bulan berlalu di kolej itu, saya sering bertemu dengan pensyarah Baljit Singh Sidhu untuk mendapat 'evaluation' atau penilaian ke atas prestasi pengajian saya selama ini dan seperti yang dijangkakan jawapannya cukup mendukacitakan.

"Aaa...don't worry. Bottom line, you boleh pass...," katanya tergesa-gesa. Sedih. Bukannya pangkat A, B atau C tetapi sekadar lulus cukup makan sahaja..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Suatu malam, ketika gelisah untuk melelapkan mata dan merawang masa depan yang kabur, tertangkap kalimah kudus dari ibu tercinta sebagai kata-kata azimat ketika menjejak kaki di ibu kota untuk menuntut ilmu.

"Mak tak boleh tengok dan jaga anak mak setiap masa. Mintalah Allah supaya jaga dan selamatkan anak mak. Jika susah, mintalah pada Allah, pasti Dia perkenankan. Percayalah..." kata Azizah Jasin, ibu tercinta kepada saya sambil memetik bait-bait ayat kalimah tuhan.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

Saya bingkas, lalu mengerjakan solat dua rakaat. Tewas, akhirnya air mata basah di hujung sejadah.

Mulai hari itu, saya tidak menoleh lagi. Saya berusaha sedaya dan sekuat mungkin. Kamus sentiasa di sisi, tiap kali saya membuka buku. Buku seperti English Legal System, Constitutional Law, Jurisprudence setiap helaiannya saya ulangi sampai lapan kali!

Malah, saya hantar tugasan-tugasan dan 'asignment' sendiri berkajang-kajang kepada pensyarah untuk disemak, bertanya soalan-soalan bertubi-tubi sehingga kelihatan 'membosankan' bagi mereka.

Saya kemudian beranikan diri bercakap di khalayak, walaupun 'broken English.' "Apa nak malu, janji saya maju. Biar mereka ketawa atau sendawa, janji saya berjaya," getus hati cuba menceriakan hari.

Waktu itu, barulah saya tahu, doa dan kerja keras (rajin, usaha) adalah pembuka jalan kejayaan. Mungkin ini ayat 'cliche' atau 'stereotype'. Hakikatnya hidup ini tidak ada yang 'short cut'.

Selepas doa itu, setiap apa yang saya pelajari, hafal dan faham datang dengan begitu mudah. Dikenal ketika senang, dilupa ketika susah "While people sleep, we work. While people work, we work ahead," kata Jassal menepuk-nepuk bahu saya yang kelihatan agak sugul adakalanya.

Dan di saat saya menjalani proses lipat kali ganda usaha, baru saya tahu bahawa kerajinan orang Cina dan orang Putih atau kaum-kaum lain membuatkan mereka berjaya. Bukannya faktor otak Cina lebih baik dari otak Melayu atau otak Orang Putih lebih baik dari semua otak-otak.

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)

Begitu juga dengan surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Ya, saya yakin doa akan dimakbulkan Tuhan. Usaha gigih dapat balasan setimpal. Tak kira siapa, Melayu, Cina, India dan Mat Salleh juga akan dapat balasan, jika usaha lebih. Bukan masalah otak.

Dulu ketika mengerjakan umrah, saya pernah berdoa yang 'bukan-bukan' di depan Kabaah. Ketika itu, tahun 1990 usia saya menjangkau 16 tahun. Akibat terlalu obses dengan cerita-cerita aneh, mistik dan misteri di Makkah dan Madinah, saya mula memanjatkan doa, untuk melihat bukti kuasa Tuhan.

"Ya Allah, jika benar makbul doa di sini, hilanglah seliparku." Begitu dangkal doa saya dan cuba menguji Tuhan.

Sebelum itu telah saya sorokkan selipar buruk itu di suatu sudut di pintu masuk Masjidil Haram. Ringkaskan cerita, Tuhan makbulkan permintaan saya yang pendek akal itu. Hilang selipar saya, walaupun ianya buruk.

Dan lebih parahkan lagi keadaan, selipar saya hilang setiap kali saya beli yang baru, dan berlanjutan selama enam hari! Mengelabah, pucat dan panik saya dibuatnya.

Saya cuba menyembunyikan peristiwa itu daripada ayah saya, yang mula kehairanan apabila setiap hari, tiap kali pulang daripada masjid meminta 5 ke 10 Riyal (lebih kurang RM 5.00 ke RM10.00). Tujuannya hanya untuk membeli selipar baru.

Pernah sekali, saya berkaki ayam dari Masjidil Haram pulang ke tempat penginapan sambil ditertawakan orang Arab yang lalu lalang. Apa boleh buat, itu balasan Allah, pada saya yang mulut celupar.

Dua hari terakhir di Makkah, saya berteleku di depan Kabaah, memperbaharui doa semula dengan penuh rasa insaf..

Sejak doa itu, selipar saya tidak hilang lagi. Ya, Allah sentiasa selamat dan perkenankan doa saya. Begitu juga yang orang lain. Berusaha dan mintalah, percayalah Allah tidak mengecewakan..

Alhamdullillah, tidak menghampakan apabila Allah kabulkan juga doa saya untuk melintasi peperiksaan A-Level yang diduduki. Walaupun usaha tidak setara mana, tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Ketika keputusan A-Level diumumkan, saya sedang 'bercuti' dan 'mengaji' di sebuah sekolah pondok di selatan tanahair. Manoj dan Manimaran menghubungi saya melalui telefom awam. Masa itu tidak bercambah lagi, telefon bimbit.

"Congratulations! You and Patricia are the best student in the college. Come drop by, take your exam transcript," ujar Manoj. Barangkali kedua-duanya kini sudah bergelar peguam.

Keesokannya saya sudah terpacak di kolej di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur itu untuk mengambil keputusan dan teka apa yang berlaku?

Pensyarah dan pengetua mula mengerumuni. Menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan melahirkan pujian berguni-guni.

Yang menghunus jari telunjuk ke muka, yang bertaruh untuk menjamu selera dan yang gelak ketawakan saya, hilang entah ke mana.

Ya, kita dikenang dan dikenal ketika di puncak. Diapung, diangkat dan dijulang ketika senang. Namun ketika susah, pahit dan payah, siapa pun tidak tahu malah menjarakkan diri, kata benak saya melihat watak-watak yang ada di depan mata.

Biarlah..

Ya, akhirnya bila kita berusaha, berdoa dan bersabar, nescaya Allah perkenankan dan selamatkan kita...percayalah.

"Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar." (Surah al Baqarah ayat 155)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tulisan sepicing ini ataupun coretan caca marba yang tidak seberapa ini saya tujukan ikhlas untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan, yang melanjutkan pelajaran di menara gading dan juga untuk insan-insan yang mulai rasa putus asa, agar sentiasa bersangka baik kepada Tuhan, Allah yang maha tahu beban, kepayahan dan ujian hamba-Nya.

Tuesday, November 3, 2009

kehidupan ini sungguh tidak adil bagiku

Kehidupan ini sungguh tidak adil bagiku. Aku merasakan semua orang tidak menyukai kehadiranku. Aku hanya insane biasa. Insane yang berada pada kelas bawahan bukannya menjadi bualan orang. Jauh sekali untuk menjadi sanjugan orang. Aku lelah dengan kehidupanku. Tapi apakan dayaku. Kerjaku sebagai kuli, menyedut najis-najis manusia dalam tangki, itulah kerjaku setiap hari.

Ah, semua insane akan memandang jijik kerjaku, hatta kalaulah aku ini ingin meminang wanita-wanita, pastinya tidak akan ada yang sudi. Kalaulah ada yang sudi, pasti ibubapa tidak merelai membiarkan anaknya berkahwin dengan seorang lelaki yang kerjanya sentiasa bergelumang dengan najis.

Kadang-kadang aku pernah terfkir untuk bertukar kerja. Tetapi setiap kali aku ingin menyesuaikan diriku dengan kerja baru, pasti aku menemui kegagalan, akhirnya aku kembali bertukar kepada kerjaku yang kini.


Hari ini, aku bertemu dengan seorang lelaki tua selepas aku bertarawih di kampungku. Aku sebenarnya malas untuk bertarawih, kerna telingaku sudah jemu untuk mendengar pertanyaan orang kampong tentang kerjayaku, tentang waktu bila aku akan menamatkan waktu bujangku. Aku tahu dan aku faham mereka bukannya mengambil berat terhadapku, tetapi ingin menyindirku.


Ada orang kata aku terlalu pesimis dengan kehidupanku, tetapi hakikatnya, aku terpaksa melalui semuanya. Semua orang tidak mengenali hatiku, sehinggalah satu hari aku bertemu dengan seseorang… seseorang yang membawa seribu makna dalam kehidupanku.

“ Abu, apa yang Abu dapat dari kerja Abu?”, Tanya si tua itu dengan wajahnya yang bersih. Aku pada mulanya tidak berapa menyukai cara dia bertanya, mula berubah hati apabila melihat air mukanya yang cukup tenang dan bersih. “ entahlah Pak Cik, kadang-kadang saya cukup benci dengan kerjaku, saya benci bila semua orang mengetahui kerjaku”


Pak cik itu hanya tersenyum. Senyum itu membuatkan lidahku laju meluahkan segalanya yang ada pada hatiku. Selepas segalanya, akhirnya PakCik itu bersuara, “ nak, kerja yang kamu buat itu sungguh mulia, Allah dan Rasul sangat bangga dengan kerjamu, malahan seluruh muka bumi ini sangatsangat berterima kasih dengan kewujudanmu. Nak, kerjamu itu menyenangkan ramai orang, membuang kotoran merupakan satu sedekah yang pahalanya berlipat kali ganda. Kamu menyenangkan umat ini beribadah dengan sempurna. Manusia menjadi mudah beribadah degan hati yang tenang, bayangkan kalau kamu tiada, pastinya hati mereka tidak tenang, terganggu dengan kotoran itu. Ya Allah, terlalu tinggi nilainya di Mata Allah dan rasul atas kerjamu itu, anakku”.



Mataku mengalirkan air mata yang sungguh deras. Aku tidak pernah menangis sebanyak itu. Aku mendakap lelaki tua itu. Aku mengongoi seperti budak kecil. Apa yang aku rasakanketika itu, adlah kasih sayang Allah. Ya, aku merasakan kasih sayang itu meresap dalam hatiku.. ya aku diciptakan di muka bumi dengan tugasku tersendiri. Aku mula mengenali kehidupanku, aku mula mengerti makna kehidupan yang hakiki..


Walau sekecil manapun tugas, tatapi kalau dibuat dengan penuh keikhlasan dengan niat nak mencapai redha dan kasih sayang Allah, pasti tidak akan sia-sia, tidak kan sia-sia- tidak akn pernah sia-sia. Sungguh.. kita buat sesuatu bukan untuk dilihat pada mata orang, tetapi kita ingin persembahkan untuk Allah. Ya Allah tidak pernah mahu kepada amalnku, tetapi aku yang mahu kepada Allah dengan mematuhi segala arahanya dan menjauhi segala larangannya.

Wednesday, October 28, 2009

final exam bermula..

beberapa hari lagi, iium student akan menghadapi final exam..lumrah kehidupan sebagai pelajar...
GOOD LUCK KAWAN2
TERUSKAN PERJUANGAN..
TERUS MARA KE HADAPAN...he

ya Allah,,
ampunkan dosa kami
ampunkan jua dosa guru2 kami..
jangan kau hilangkan keberkatan ilmunya dari kami..
amin...

maa taufiq wa najah..
dokan kiter bersama

Saturday, September 19, 2009

salam aidilfitri semua

tarawih di kampungku


Hari ini, hamba melayari banyak blog kenalan hamba. Rupanya tak kira laki dan perempuan, ramai yang suke menggunakan blog untuk bercerita hal sendiri.he. rasanya hamba pun nak citer hal sendiri jugak..huhu. walaupun sedar mana ade orang nak baca bebelan hamba ni, tapi untuk bacaan diri sendiri…hikhik

Ambe menghabiskan baki2 Ramadhan di rumah. Tahun ni, mak ambe tak bertarawih di masjid macam tahun2 lepas, tapi bertarawih kat surau kampong sebelah, alasan umun, xlarat nak panjat tangga masjid, tinggi. Yalah mak ambe pun bukannya makin muda, anak2nya kenelah paham…walaupun ambe sebenarnya rindu sangat nak dengar bacaan Hafiz2 Muda.. merdu.. harap2 nanti bakal suami ambe pun begitu.hehe..normalla tu, sume wanita kat dunia ni mesti inginkan suami yang dapat membimbing mereka mencari redha allah. Opss..sori..ke situ pulak kisahnya…


Ambe sebenarnya nak bercerita pada diri ambe, supaya kemudian hari ambe tak mudah lupa. Citer pasal bertarawih di surau,,syok rupanya, walau Tok Imam dia…mm paham2lah ye kalau kat kampong..ni dah masuk zon ngumpat k? ok2 stop
Yang bezanya, kalau kat masjid, takde sape peduli kita, tapi kat surau kg, lain citernya, first time ambe g, makcik2 kat situ, Tanya ambe ni anak sape? Mcm2lah pertanyaan..tapi ambe ingat satu soalan dari beberape orang makcik, dan jawapan yang nan satu dari mak ambe, benar2 membekas dalam otak ambe ni, “ mek ni tingkatan berape doh?” belum sempat ambe nak jawab, mak ambe dengan lancarnya menjawab,” tingkatan mendenya, dah umur 22 doh” fuh, jawapan tulah melekat dalam kepale ambe sampai tak boleh ilang2..


Nampak simple, tapi jawapan mak ambe, member I seribu tamparan pada ambe. Rupa2nya dah 22 tahun ambe menjalani kehidupan ini. Tapi ambe rasanya masih lagi begini. Umur 22, tapi wang poket, sumenya mak bagi, umur 22, tapi bergantung pada mak ambe lagi, umur 22, tapi pengalaman masih cetek, masih lagi hidup dalam angan2, apatah lagi bekal menuju alam akhirat….


Ape ambe nak buat ni??tolong!!! ya allah, moga ramadhan kali ini menjadi titik perubahan dalam kehidupanku..amin

Saturday, August 29, 2009

duhai hati...bersegeralah

Salam duhai hatiku dan sahabatku…
Sedar tidak sedar sudah 7 hari kita menyambut syahru Ramadhan, iaitu satu bulan yang sangat tinggi nilainya. Mungkin di antara kita masih lagi tidak dapat berpuasa, lantaran kedatangan haid yang memang merupakan satu fitrah bagi seorang wanita..tapi ingatlah, walaupun kita berada dalam kondisi yang tidak membolehkan kita puasa, kita masih boleh melakukan banyak lagi amalan2 soleh agar kita tak pernah ketinggalan untuk merasa kenikmatan awal Ramadhan…..

Hatiku dan sahabat yang dikasihi,

Jangan pernah biarkan walau sesaatpun kehidupan kita ini tanpa zikrullah. Sentiasa ingat Allah walau di mana saja dan pastikan tidur kita juga merupakan zikir…iaitu niatkan untuk mengembalikan kesegaran tubuh untuk meneruskan ibadah….

Hamba ingin berkongsi tentang satu perkara, percayalah… Allah akan makbulkan doa orang berpuasa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan… hamba percaya mungkin terlalu banyak keinginan, harapan yang kita dalam kehidupan kita… jadi, gunakan peluang ini untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah


Apabila umat Muhammad saw tiba ke tempat sembahyang, Allah berfirman kepada Malaikat : Hai MalaikatKu, apakah balasannya orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab Malaikat : Hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya . Firman Allah : Bahawa Aku saksikan kamu hai MalaikatKu, telah aku jadikan pahala dari puasa mereka pada bulan Ramadhan dan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredhaanKu dan keampunanKu, tiada memohon kepadaKu hari ini akan sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu .


Percayalah…Allah akan makbulkan. Berdoalah sepenuh hati mu… Hamba teringat satu ceramah dari seorang penceramah,, katanya list kan segala doa-doa sepanjang ramadhan, dan kemudian selepas Ramadhan tandakan yang mana Allah perkenankan. Hamba secara peribadi, tidak pasti perkara ni praktikal atau tak..tapi hamba sendiri pernah buat tahun lepas… subhanallah semua yang hamba listkan tertanda… walaupun hamba sendiri tak sangka hamba akan dapat, tapi hamba dapat…subhanallah…

Seorang sahabat hamba, kalau di ikutkan kitaran haidnya, haidnya dijangka pada akhir Ramadhan, tapi atas keinginan untuk bertemu lailatul Qada. Lantas dia berdoa dengan sepenuh hati….Ya Allah, aku ingin sujud pada mu di malam lailatul qada. Aku ingin merasa manisnya nikmat bertemu dalam solatku di 10 malam terakhir…..subhanallah, Allah perkenankan doanya, haidnya kalau diikutkan selama seminggu, tapi hanya 2 hari… Allahuakbar…

Ayuh hatiku serta sahabat, mari sama2 perbanyakkan berdoa……