Wednesday, June 16, 2010

ISLAF NAFSAK WAD’U ROIRIK PERBAIKILAH DIRIMU…DAN SERULAH ORANG LAIN….

Semalam selepas pulang dari tempat praktikal, terus pulang ke rumah sewa, rumah yang kududuki sepanjang short sem ni. rumah yang dapat ku tarbiyah diriku, menjadi insane yang lebih cekal dan memahami…selepas magrib, terus turun ke balai, membuat sesi pengajian agama dengan adik-adik di sekitar kampong..

Perbaikilah dirimu dan ajaklah orang lain…itulah salah satu kata-kata yang sangat dekat dengan ku saat ni. berubahlah..perbaikilah diri, dari akhlak jahiliyah kepada akhlak islami…dari jahil lepada berilmu, dari ragu-ragu kepada yakin, sedikit demi sedikit, yang pasti teruskan pembaikan sampai akhirnya…sampai saat kita menghembuskan nafas terakhir…

Dan saat kita perbaiki diri kita, jangan lupa untuk ajak orang lain…ajaklah sesiapa saja yang ada di sekeliling kita..ajaklah walau ianya budak kecil..walau dia seorang budak sekolah rendah…ajaklah dan terus mengajak..mereka di sekeliling kita, tanggungjawab kita.

Persoalannya, bagaimana mahu mengajak? Sedangkan Allah mengatakan kita adalah umat yang terbaik.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah." Ali Imran: 110

Jawapannya, cukuplah kita menyampaikan satu fikrah islam dengan sesiapa sahaja yang kita jumpa. Kalau saban hari kita ke tempat kerja, sampaikan fikrah islam kita kepada rakan-rakan sepejabat kita. Kalau kita ke kuliyah setiap hari, sampaikan fikrah islam pada rakan sekelas kita…


Bagaimana mahu menyampaikannya? Sangat banyak caranya, yang penting kita punya niat, mungkin kita boleh sampaikan melalui akhlak kita, melalui perbualan kita bersama mereka, melalui pandangan kita terhadap sesuatu, melalui tingkah laku kita….melalui risalah-risalah yang kita tampal dan sebagainya….

Untuk menyampaikan, kita perlukan ada sesuatu…bagaimana mungkin kita nak sampaikan fikrah islam, kalau kita tiada sesuatu itu… sesuatu itu akan datang dari “ perbaikilah dirimu”


Duhai NOR HIJANAH MOHAMED dan kamu….PERBAIKILAH DIRIMU DAN AJAKLAH YANG LAIN…a

Friday, May 21, 2010

oh ibu...oh ayah

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,
isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak
ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa
yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli
hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke
kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan
semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami
sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,
hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak
ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke
kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya
sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama
:

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam
mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun
itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Sunday, April 4, 2010

alaihai tidur pagi


Aduhai..tidur pagi..tidur pagi…memang seronok..sangat lena… sape yang tak suke tidur

pagi?? kalau dipantau dari dekat rata-rata pelajar UIA terlelap semula selepas

subuh. Bukan menuduh…tapi itulah kenyataannya. Bagi yang kelas pukul 8, tidur jugak

sekejap..kul 7.15 or 7.30 or 7.45 baru bangun. Yang penting mesti tidur… seolah-olah

tidak lengkap kalau tidak tidur selepas subuh….kalaupun mata tak mengatuk, tetap

juga baringkan badan,,,pastu terlenalah…..sedap sedap…itulah kenangan yag pernah aku

sendiri mengalaminya



Teringat kalau pulang ke kampong, pasti akan menahan jugak mata ni dari tidur,

bimbang dileteri ibu…tapi saat bila ibu tiada di rumah, semua ambil kesempatan untuk

tidur..kadang-kadang kul 10 baru bangun…itulah…kisahnya

SEHINGGALAH….

Saat aku membuka pintu bilik, pada ketika itu jam menunjukkan pukul 7.30. ingin

menuju ke bilik air untuk mandi setelah baru bangun dari tidur selepas subuh,

kelihata sesubuk tubuh tua yang memang aku kenali, makcik cleaner dari seberang sana

sedang menyapu tepat2 depan bilik aku…

Ah…aku jadi malu..pukul berapakah makcik tua itu bangun?? Sudah tentu awal dia

sampai UIA. Masakan pukul 7.30, dia sudah menyapu di depan bilik aku yang letaknya

di tingkat 4..

pukul berapakah dia mula menyapu tingkat 1? Tingkat 2? Tingkat 3?

“ baru bangun dik” dia menyapa aku dengan senyuman mesra…ah aku malu

sendiri…kalaulah yang di depan itu mak aku…kalaulah di deapn itu mak mertua

aku…(hehe) MALU

MALU dan terus malu…….sehinggalah aku nekad..aku mahu berubah…..aku mahu menikmati

indahnya pagi…aku mahu badanku segar saat Allah sedang memberkahi umat ini dengan

nikmat pagi..

Sebagaimana Nabi kita yang tercinta pernah bersabda : “ya Allah, berkatilah ummatku

di waktu pagi"( HR Tirmizi, Abu Dawud, Ahmad dan Ibn Majah).

WAHAI DIRIKU DAN DIRIMU…

Pernah mendengar kata-kata ini : “ jika musuh nak datang menyerang malaysia, waktu

pagi adalah waktu terbaik kerna muda mudinya tidurrr pagi2."

nah! gmana ya??

sama2 kita perbaiki…kukuhkan tekad…jangan pernah mengalah pada godaan nafsu dan

syaitan…

percayalah anda mampu mengubahnya….

InGAT…

SUNGGUH JELEK TIDUR PAGI. HILANG BERKATNYA….

OK…INGAT TU…..

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
( lagu Maher Zain)A

Rasulullah saw bersabda, " Ya Allah, berkatilah ummatku di waktu pagi

"Berhati-hatilah dari terpaan rasa kantuk dan berusahalah tidak tdur pada ruas waktu setelah Subuh hingga terbitnya matahari." Para salafushalih sangat tidak menyukai tidur pada waktu itu.

Tuesday, February 2, 2010

sudah lama tak berblog...rindu rasanya untuk berblog...

tapi disebabkan kekangan masa, mematikan rindu nak berblog..
ini pun, rasa sungguh tak patut...menghabiskan masa di depan blog...
memandangkan banyak lagi perkara yang perlu dibaca untuk exam esok dan lusa...

moga Allah mengampuniku...

baru sahaja membentangkan tugasan...tajuknya : HOW IMAGERY LEAD TO BE KHUSYU' IN SOLAT.... IN COGNITIVE PSYCHOLOGY CLASS...

tajuknya bagus..tapi sangat sedih dengan keadaan diri sendiri...

hamba belum mampu mencontohi Rasulullah dan para sahabat solat.

mereka solat...ish...jauhnya beza dengan diri hamba ini.

rasanya hamba lebih menggigil untuk present depan orang lain, berdebar lebih hebat bila bercakap depan orang ramai...rasa gemuruh...

tapi depan Allah...seingat aku, aku tak pernah mengalami perasaan debar, takut, menggigil bila berhadapan dengan Allah dalam solat, seperti aku berdebar ketika pembentangan....

ya Allah...hinanya hambamu ini...jahilnya hambamu ini..

bilakah agaknya hambamu ini dapat memiliki perasaan itu ketika berhadpan dengan mu?????

Friday, November 6, 2009


Bersangka baiklah kepada Tuhan
www.iluvislam.com
oleh: Azamin Amin
Editor: deynarashid

"While people sleep, we work. While people work, we work ahead," Saya tidak akan lupa kata-kata itu.

Ianya terucap kira-kira 15 tahun lalu oleh pengetua kolej Mr. PMS Jassal ketika saya menekuni pengajian A-Level, jurusan undang-undang di Juara Academy College di ibu kota.

Waktu itu, saya adalah pelajar Melayu tunggal dan 'tunggul' dalam kelas seramai 30 orang itu. Berkecamuk fikiran pada hari pertama saya mendaftar. Masakan tidak, sudahlah 'solo' ditambah pula dengan 'sepatah haram' saya tidak memahami apa yang diajar.

Bukan sehari tetapi berjangkit sehingga lebih sebulan!

Tidak cukup dengan itu, saya sering menjadi bahan ketawa rakan-rakan sekelas dan pensyarah lantaran kegagalan saya untuk membuat 'presentation' jauh sekali untuk mendapat tempat teratas dalam carta kelas.

Lebih menambahkan pedih dan pilu di jiwa, apabila seorang pelajar yang selalu dianggap 'best student' dalam kelas mencabar sambil menghunuskan jari telunjuknya tepat ke muka saya. "At the end of the day, nobody can touch me, especially you!" katanya pada saya, terkelipot-kelipot malu.

Seorang pelajar wanita pula, bertaruh untuk menjamu saya makan di hotel lima bintang, sekiranya berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Saya percaya, dia berani bertaruh kerana yakin yang saya tidak akan menggapai bintang. Betul-betul menghinakan.

Kawan-kawan seperti Manoj Kumar, Manimaran, Azman Sagau dan Ronnie menenangkan saya. Mereka memberi perangsang dan selalu membantu, apa yang saya tidak tahu.

Setelah enam bulan berlalu di kolej itu, saya sering bertemu dengan pensyarah Baljit Singh Sidhu untuk mendapat 'evaluation' atau penilaian ke atas prestasi pengajian saya selama ini dan seperti yang dijangkakan jawapannya cukup mendukacitakan.

"Aaa...don't worry. Bottom line, you boleh pass...," katanya tergesa-gesa. Sedih. Bukannya pangkat A, B atau C tetapi sekadar lulus cukup makan sahaja..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Suatu malam, ketika gelisah untuk melelapkan mata dan merawang masa depan yang kabur, tertangkap kalimah kudus dari ibu tercinta sebagai kata-kata azimat ketika menjejak kaki di ibu kota untuk menuntut ilmu.

"Mak tak boleh tengok dan jaga anak mak setiap masa. Mintalah Allah supaya jaga dan selamatkan anak mak. Jika susah, mintalah pada Allah, pasti Dia perkenankan. Percayalah..." kata Azizah Jasin, ibu tercinta kepada saya sambil memetik bait-bait ayat kalimah tuhan.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

Saya bingkas, lalu mengerjakan solat dua rakaat. Tewas, akhirnya air mata basah di hujung sejadah.

Mulai hari itu, saya tidak menoleh lagi. Saya berusaha sedaya dan sekuat mungkin. Kamus sentiasa di sisi, tiap kali saya membuka buku. Buku seperti English Legal System, Constitutional Law, Jurisprudence setiap helaiannya saya ulangi sampai lapan kali!

Malah, saya hantar tugasan-tugasan dan 'asignment' sendiri berkajang-kajang kepada pensyarah untuk disemak, bertanya soalan-soalan bertubi-tubi sehingga kelihatan 'membosankan' bagi mereka.

Saya kemudian beranikan diri bercakap di khalayak, walaupun 'broken English.' "Apa nak malu, janji saya maju. Biar mereka ketawa atau sendawa, janji saya berjaya," getus hati cuba menceriakan hari.

Waktu itu, barulah saya tahu, doa dan kerja keras (rajin, usaha) adalah pembuka jalan kejayaan. Mungkin ini ayat 'cliche' atau 'stereotype'. Hakikatnya hidup ini tidak ada yang 'short cut'.

Selepas doa itu, setiap apa yang saya pelajari, hafal dan faham datang dengan begitu mudah. Dikenal ketika senang, dilupa ketika susah "While people sleep, we work. While people work, we work ahead," kata Jassal menepuk-nepuk bahu saya yang kelihatan agak sugul adakalanya.

Dan di saat saya menjalani proses lipat kali ganda usaha, baru saya tahu bahawa kerajinan orang Cina dan orang Putih atau kaum-kaum lain membuatkan mereka berjaya. Bukannya faktor otak Cina lebih baik dari otak Melayu atau otak Orang Putih lebih baik dari semua otak-otak.

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)

Begitu juga dengan surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Ya, saya yakin doa akan dimakbulkan Tuhan. Usaha gigih dapat balasan setimpal. Tak kira siapa, Melayu, Cina, India dan Mat Salleh juga akan dapat balasan, jika usaha lebih. Bukan masalah otak.

Dulu ketika mengerjakan umrah, saya pernah berdoa yang 'bukan-bukan' di depan Kabaah. Ketika itu, tahun 1990 usia saya menjangkau 16 tahun. Akibat terlalu obses dengan cerita-cerita aneh, mistik dan misteri di Makkah dan Madinah, saya mula memanjatkan doa, untuk melihat bukti kuasa Tuhan.

"Ya Allah, jika benar makbul doa di sini, hilanglah seliparku." Begitu dangkal doa saya dan cuba menguji Tuhan.

Sebelum itu telah saya sorokkan selipar buruk itu di suatu sudut di pintu masuk Masjidil Haram. Ringkaskan cerita, Tuhan makbulkan permintaan saya yang pendek akal itu. Hilang selipar saya, walaupun ianya buruk.

Dan lebih parahkan lagi keadaan, selipar saya hilang setiap kali saya beli yang baru, dan berlanjutan selama enam hari! Mengelabah, pucat dan panik saya dibuatnya.

Saya cuba menyembunyikan peristiwa itu daripada ayah saya, yang mula kehairanan apabila setiap hari, tiap kali pulang daripada masjid meminta 5 ke 10 Riyal (lebih kurang RM 5.00 ke RM10.00). Tujuannya hanya untuk membeli selipar baru.

Pernah sekali, saya berkaki ayam dari Masjidil Haram pulang ke tempat penginapan sambil ditertawakan orang Arab yang lalu lalang. Apa boleh buat, itu balasan Allah, pada saya yang mulut celupar.

Dua hari terakhir di Makkah, saya berteleku di depan Kabaah, memperbaharui doa semula dengan penuh rasa insaf..

Sejak doa itu, selipar saya tidak hilang lagi. Ya, Allah sentiasa selamat dan perkenankan doa saya. Begitu juga yang orang lain. Berusaha dan mintalah, percayalah Allah tidak mengecewakan..

Alhamdullillah, tidak menghampakan apabila Allah kabulkan juga doa saya untuk melintasi peperiksaan A-Level yang diduduki. Walaupun usaha tidak setara mana, tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Ketika keputusan A-Level diumumkan, saya sedang 'bercuti' dan 'mengaji' di sebuah sekolah pondok di selatan tanahair. Manoj dan Manimaran menghubungi saya melalui telefom awam. Masa itu tidak bercambah lagi, telefon bimbit.

"Congratulations! You and Patricia are the best student in the college. Come drop by, take your exam transcript," ujar Manoj. Barangkali kedua-duanya kini sudah bergelar peguam.

Keesokannya saya sudah terpacak di kolej di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur itu untuk mengambil keputusan dan teka apa yang berlaku?

Pensyarah dan pengetua mula mengerumuni. Menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan melahirkan pujian berguni-guni.

Yang menghunus jari telunjuk ke muka, yang bertaruh untuk menjamu selera dan yang gelak ketawakan saya, hilang entah ke mana.

Ya, kita dikenang dan dikenal ketika di puncak. Diapung, diangkat dan dijulang ketika senang. Namun ketika susah, pahit dan payah, siapa pun tidak tahu malah menjarakkan diri, kata benak saya melihat watak-watak yang ada di depan mata.

Biarlah..

Ya, akhirnya bila kita berusaha, berdoa dan bersabar, nescaya Allah perkenankan dan selamatkan kita...percayalah.

"Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar." (Surah al Baqarah ayat 155)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tulisan sepicing ini ataupun coretan caca marba yang tidak seberapa ini saya tujukan ikhlas untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan, yang melanjutkan pelajaran di menara gading dan juga untuk insan-insan yang mulai rasa putus asa, agar sentiasa bersangka baik kepada Tuhan, Allah yang maha tahu beban, kepayahan dan ujian hamba-Nya.

Tuesday, November 3, 2009

kehidupan ini sungguh tidak adil bagiku

Kehidupan ini sungguh tidak adil bagiku. Aku merasakan semua orang tidak menyukai kehadiranku. Aku hanya insane biasa. Insane yang berada pada kelas bawahan bukannya menjadi bualan orang. Jauh sekali untuk menjadi sanjugan orang. Aku lelah dengan kehidupanku. Tapi apakan dayaku. Kerjaku sebagai kuli, menyedut najis-najis manusia dalam tangki, itulah kerjaku setiap hari.

Ah, semua insane akan memandang jijik kerjaku, hatta kalaulah aku ini ingin meminang wanita-wanita, pastinya tidak akan ada yang sudi. Kalaulah ada yang sudi, pasti ibubapa tidak merelai membiarkan anaknya berkahwin dengan seorang lelaki yang kerjanya sentiasa bergelumang dengan najis.

Kadang-kadang aku pernah terfkir untuk bertukar kerja. Tetapi setiap kali aku ingin menyesuaikan diriku dengan kerja baru, pasti aku menemui kegagalan, akhirnya aku kembali bertukar kepada kerjaku yang kini.


Hari ini, aku bertemu dengan seorang lelaki tua selepas aku bertarawih di kampungku. Aku sebenarnya malas untuk bertarawih, kerna telingaku sudah jemu untuk mendengar pertanyaan orang kampong tentang kerjayaku, tentang waktu bila aku akan menamatkan waktu bujangku. Aku tahu dan aku faham mereka bukannya mengambil berat terhadapku, tetapi ingin menyindirku.


Ada orang kata aku terlalu pesimis dengan kehidupanku, tetapi hakikatnya, aku terpaksa melalui semuanya. Semua orang tidak mengenali hatiku, sehinggalah satu hari aku bertemu dengan seseorang… seseorang yang membawa seribu makna dalam kehidupanku.

“ Abu, apa yang Abu dapat dari kerja Abu?”, Tanya si tua itu dengan wajahnya yang bersih. Aku pada mulanya tidak berapa menyukai cara dia bertanya, mula berubah hati apabila melihat air mukanya yang cukup tenang dan bersih. “ entahlah Pak Cik, kadang-kadang saya cukup benci dengan kerjaku, saya benci bila semua orang mengetahui kerjaku”


Pak cik itu hanya tersenyum. Senyum itu membuatkan lidahku laju meluahkan segalanya yang ada pada hatiku. Selepas segalanya, akhirnya PakCik itu bersuara, “ nak, kerja yang kamu buat itu sungguh mulia, Allah dan Rasul sangat bangga dengan kerjamu, malahan seluruh muka bumi ini sangatsangat berterima kasih dengan kewujudanmu. Nak, kerjamu itu menyenangkan ramai orang, membuang kotoran merupakan satu sedekah yang pahalanya berlipat kali ganda. Kamu menyenangkan umat ini beribadah dengan sempurna. Manusia menjadi mudah beribadah degan hati yang tenang, bayangkan kalau kamu tiada, pastinya hati mereka tidak tenang, terganggu dengan kotoran itu. Ya Allah, terlalu tinggi nilainya di Mata Allah dan rasul atas kerjamu itu, anakku”.



Mataku mengalirkan air mata yang sungguh deras. Aku tidak pernah menangis sebanyak itu. Aku mendakap lelaki tua itu. Aku mengongoi seperti budak kecil. Apa yang aku rasakanketika itu, adlah kasih sayang Allah. Ya, aku merasakan kasih sayang itu meresap dalam hatiku.. ya aku diciptakan di muka bumi dengan tugasku tersendiri. Aku mula mengenali kehidupanku, aku mula mengerti makna kehidupan yang hakiki..


Walau sekecil manapun tugas, tatapi kalau dibuat dengan penuh keikhlasan dengan niat nak mencapai redha dan kasih sayang Allah, pasti tidak akan sia-sia, tidak kan sia-sia- tidak akn pernah sia-sia. Sungguh.. kita buat sesuatu bukan untuk dilihat pada mata orang, tetapi kita ingin persembahkan untuk Allah. Ya Allah tidak pernah mahu kepada amalnku, tetapi aku yang mahu kepada Allah dengan mematuhi segala arahanya dan menjauhi segala larangannya.

Wednesday, October 28, 2009

final exam bermula..

beberapa hari lagi, iium student akan menghadapi final exam..lumrah kehidupan sebagai pelajar...
GOOD LUCK KAWAN2
TERUSKAN PERJUANGAN..
TERUS MARA KE HADAPAN...he

ya Allah,,
ampunkan dosa kami
ampunkan jua dosa guru2 kami..
jangan kau hilangkan keberkatan ilmunya dari kami..
amin...

maa taufiq wa najah..
dokan kiter bersama