Tuesday, March 6, 2012

saya malu kak

“Ukhti, free tak malam ni, nak ajak jadi FC untuk dakwah sekolah, di satu sekolah menengah?”

ku merenung mesej tersebut, memang terasa mahu untuk membalas, maaf ukhti, sya tak free. Ya kerja assignment yang perlu dihantar esok, Talaqi Bahan CAC yang belum lagi diprepare, kit FC yang belum beres, terjemahan tunggakan yang menuntut masa untuk menyiapkannya,belum dikira proposal yang belum-belum siap. Em…


Dek kerana sejak dua menjak ni, aku merasa kebingungan, kadang-kadang rasa kesedihan yang tak kunjung tiba, rasa kesunyian,kelemahan semangat yang tak naik-naik, dan segala macam perasaan sikap yang berbaur dalam diri, menjadikan aku kebingungan, sampai pada satu tahap, aku tak tahu nak berbuat apa, buntu untuk memulakn sesuatu…
Sehinggalah aku mereply sms : “ insha Allah saya free malam ni, blh untk jdi FC”, dengan niat mga dapat meringankan ukhti tersebut dalam mencari FC yang free.


Sampai di sana…azan maghrib be rkumandang, kami bergegas ke kantin sekolah untuk iftar, ada sseorang pelajar lelaki yang sedang turut berbuka puasa. Rasa kagum hinggap di dalam diri. Setelah bergegas berbuka, kerana program akan bermula sejurus selepas solat magrib, kami naik ke musolla sekolah.


Timbul rasa pelik, kenapa Nampak mereka lain..kebanyakkan mereka seperti tidak Nampak, ada yang putih melepak, sehinggakan bulu mata dan bulu kening turut bewarna putih…

rupa-rupanya sekolah itu untuk pelajar cacat penglihatan, sungguh aku tidak diberitahu sebelum ini, ingatkan sebahagian dari mereka saja, rupanya kesemua mereka menghadapi masa penglihatan, Cuma yang beza di antara mereka, mungkin tahap, ada yang tahap 1,2,3, dan 4.

Subhanallah, kami di sini, dengan niat untuk memberi motivasi kepada mereka, dengan tajuk Tawazun, dan symbol sukses. Tapi rupa-rupanya kami yang termotivasi dengan mereka, iitulah yang turut dirasai sahabt –sahabt yang sama turun padang pada malam tersebut.

Subhanallah…
Subhanallah….

Tatkala berakhir solat isya’, menunjukkan berakhirnya program tadi, seorang pelajar perempuan, dating mendekati diri ini, sebenarnya dia adalah dari ahli group yang telah kubawa sebelum ni, dating.. meminta maaf kerana tidak banyak member respon semasa di dalam LDK yang dilaksanakan sebellum ini, katanya dia malu, kerana kurang memahami ajaran Islam, kurang ilmu dalam agama. Kata-katanya yang sangat menyentak aku.

akak, siapa nak ajar sya baca Al-Quran, saya tidak dapat membaca Al-Quran, sya rasa sedih sangat, saya dah tingkatan 3, tapi saya hanya kenal alif bat a, saya malu kak, nanti bila sya dah meninggal, dan jumpa dengn Allah, saya malu, saya nak jawab apa di depan Allah”


Ya Allah, sucinya hati dia, dia malu dengan Allah. Malu bertemu dengan Allah, kerana tidak tahu membaca Al-Quran…dia yang mempunyai masalah penglihatan..ya Allah Ya Allah
Kerdil dan hinanya diri ini….