Thursday, June 18, 2009

YA ALLAH…KENAPA AKU TIDAK TERPILIH?


YA ALLAH…KENAPA AKU TIDAK TERPILIH? Kenapa?

Saat kawan-kawan lain berjuang, dia sedang mengerang kesakitan. Biarpun tubuhnya sakit, jiwanya lagi sakit, berat hatinya kerana hanya mampu melihat sahabat-sahabat lain berjuang sedangkan dirinya di rumah.

“Ah…kenapa aku diuji begini? Kenapa aku tidak terpilih? Kenapa? Adakah aku belum layak untuk menjadi pejuang ISLAM? Ya Allah, jangan kau biarkan ku keseorangan. Aku juga ingin bersama mereka, merasai manisnya bergelar syuhada’. Ya Allah, jangan Kau matikan aku dalam sakit begini. Aku ingin meneguk kelazatan syurgamu atas tiket SYUHADA’.” Dia bermonolog sendirian, merayu kepada Allah agar menerimanya sebagai seorang syuhada’ dengan linangan air mata lelaki yang bukannya sedikit tapi banyak. Sungguh-sungguh mengharapkan agar Allah meredhai niat dan azamnya, diiringi penuh dengan rasa bimbang jikalau dia tidak pilih. Cukuplah hanya sekali peluang ini terlepas, dia sudah tidak tahan menanggung rindu.




Setelah 1 tahun berlalu….

Akhirnya dia mendapat berita yang ditunggu-tunggu selama ini, berita yang menuntut dia mengotakan janjinya..berita yang membenarkan dia meluahkan rindu yang membuak-buak selama ini. Tak tertahan menanggung rasa rindu yang memberat ini.. Berita yang mampu mendatangkan senyuman di wajahnya..selama setahun, dia menanti dengan penuh sabar…dan akhirnya…AllAh menguji janjinya.

Dengan segala persiapan yang selama 12 bulan itu, dia ke medan perang. Saat genting itu, beberapa sahabat yang pada mulanya bersatu, mula berpecah, ada yang lari mengejar ghanimah, tetapi lelaki itu tetap di situ, tetap patuh pada arahan kekasih Rabnya.

“ Ya Allah, aku membebasan diriku dari apa yang telah dilakukan oleh sahabatku, Ya ALLAh, sungguh Engkau maha pengampun, ampunilah sahabat-sahabatku yang lari itu,” lirih pemuda itu dalam doanya. Lantas dia terus maju menuju ke arah pasukan musuh yang datang secara tiba-tiba itu, sambil menghunus pedangnya. ketika itu dia bertemu dengan seorang sahabatnya, Saad Bin Muadz, lantas berteriak,

“ hai Saad, demi jiwa ku yang berada di dalam genggaman-Nya, aku benar-benar telah mencium aroma syurgawi…alangkah indahnya syurga..alangkah harumnya bau syurga…” Kemudian kedengaran tapak kakinya yang berlari gagah menyelusuri medan pertempuran itu.

Dan akhirnya…. Dia telah gugur sebagai pahlawan syahid. Jasadnya dicincang lebih daripada 80 luka tikaman pedang, tusukan tombak dan anak panah. Tidak dapat digambarkan saat dia jatuh terkena tusukan, dia bangkit bangun, kemudian ditusuk lagi, bangun lagi berkali-kali melebihi 80 kali. Sehinggalah tiada siapa yang mengenali jasadnya melainkan adik perempunnya, melalui tanda yang ada di hujung jarinya. Allah telah memakbulkan doanya untuk mati syahid. Malah ceritanya diabadikan dalam Quran, surah Al-Ahzab :23.

“ Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah: maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu waktu dan mereka sedikit tidak pun merubah janjinya..”

Dialah Anas bin Nadhar, seorang sahabat nabi saw yang gugur pada peperangan Uhud,yang berlaku pada 3 Hijrah. Pemuda ini telah diberi khabar gembira oleh rasulullah saw dengan syurga Firdausi. Beliau telah berjanji dengan Allah, dan kemudian Allah telah mengotakan janjinya…

BAGAIMANA DEGAN KITA? Apakah janji kita dengan Allah? Nak mempertahankan Islam? Itukah janji kita, lalu bagaimana?
Anas bin Nadhar terlampau sedih kerna tidak dapat menghadiri peperangan Badar lantaran ditimpa sakit. Tapi kita, pernahkah kita sedih, jika terlepas peluang solat berjemaah? Sedihkah kita apabila kita terpaksa tidak menghadiri majlis-majlis ilmu kerana ditimpa sakit atau sebagainya? Atau adakah kita sengaja mencipta berbagai alasan untuk tidak menghadiri majlis ilmu yang dipayungi malaikat rahmat itu?

ORE PUE….
Baru-baru ni, hamba berdikir barat, sempena bicara wanita yang diadakan setiap minggu,,yang diadakan bertujuan untuk melahirkan wanita yang mengikut acuan ISLAM yang sebenar,kitorang sama-sama nak merubah diri menjadi lebih baik. Sebagai acara penutupnya, majlis meminta akhowat yang duduk di Mahalah Safiyah mengadakan dikir barat. Kalau minggu sebelumnya lakonan, minggu ni dikir barat..kebetulan hamba ni memang duk mahalah Safiyyah, turut sama menyumbangkan suara, tapi motifnya insya Allah, dakwah…bukan untuk bertanding k apa….
Inilah liriknya, hasil gubahan akhowat2 yang berbakat, yang pasti bukan hambalah…( dinyanyikan dalam lirik anak tupai)


Ore pue jamo loni Ado mace-mace
Ngaji tinggi otok panda..
Tapi akhlak kughe..(2x)
Ore pue jamo loni ado mace-mace
Baju ketat tudung jare
Hok tu hok Allah laghe

Kalu pasal ngupak kok ghe..
Diolah hok jadi johe..
Kalu suuruh blajar qur’ee
Alase mace-mace

Mari kito isi maso sbg oghe isle..
Poso, qur’e, qiamulail..
Jange jare-jare..(2x)

Jamee Rasulullah
Banyok pengajaghe
Telade buak kitu
Jadi oghe beghimee…(2x)

Kito semuo oghe pue
Tunggok masa depe..
Siap diri dgn imee
Untk agama isle.

Sekian sajo…dikey kami…
Smga berguna…kepada semuo…

Tuesday, June 16, 2009

uia...... the garden of knowledge


HALAMAN DEPAN UIA, dikenali sbg tangga besar dikalangan iium malays student

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5347889598937245570" />


RIVER UIA

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5347889380759207074" />


male sport complex

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5347888868461681506" />


CELPAD BUILDING, eh silap...RESEARCH CENTER

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5347884233583040722" />


KAED BUILDING

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5347883888921389042" />



EDUCATION BUILDING



ENGENEERING...betul k? silap2,AIKOL BUILDING...nk ke library...tq Zie.he

CERITA DI SEBALIK BLOG


SEBENARNYA ADA SATU CERITA PAHIT DI SEBALIK BLOG...
SEMUANYA BERMULA DARI DIRIKU...tapi alhamdulillah...sekarang ni dah boleh dikatakan selesai..kerana dia sudi memaafkan diriku yang hina ini...
sejak dari peristiwa itu, hamba tak pernah nak buka blog sape2,tak boleh sebut perkataan blog..takut pada blog... sebab pe? bila bukak je, hamba teringat cerita itu...tapi sekarang hamba memulakan baiti maya yang baru...hamba berjanji takkan mengulangi kesilapan hamba yang dahulu, SAHABATKU, terima kasih kerna sudi memaafkan kesilapanku..walau ianya terlalu pahit..Hanya ALLAH yang dapat membalas segala kebaikanmu...

persoalan yang belum terjawab

KENAPA WADAH PERTEMUAN??
KERANA... satu hari 2, hamba telah melayari satu blogspot kwn hamba ni, dari satu blog je, hamba telah menemui beratus-ratus sahabat( hui banyaknya) yang lain yang telah lama hamba tak ketahui beritanya...hamba berharap dengan bait maya ini, dapat menjadi titik pertemuan semula dengan sahabat2 hamba..moga ukhuwah antara kita terus bersemi.. hamba rindu..pada antunna semua...

kenapa wadah pertemuan?