Wednesday, December 29, 2010

perubahan

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

amat rugi..teramat rugi...

menjadi insan yang tak bermanfaat untuk Islam...

menjadi insan yang banyak menghabiskan masa hanya untuk kepuasan dirinya yang tidak selari dengan tuntutan Islam mungkin...


saya mengeluh...kiranya manusia ini memang suka mengeluh, bukan?

hem...mengeluh lagi!!!

no more keluhan... berjalanlah wahai diri dengan semangat yang membara...

bangun bangkit dari kealpaan...

kembali kepada Allah...

pasti ada hikmah mengapa Allah menjadikan begitu...

jalan yang sepatutnya mudah, tapi sukar...

susahnya membuat pilihan....

susah lagi menjayakan pilihan yang dibuat...

yA ALLAH, bantu saya dalam membuat pilihan...bantu saya dalam menjayakan pilihan yang telah dibuat...

hati ini tidak akan puas..melainkan redha atas ketentuan Illahi...

teringat cerita, seorang pemuda yang dikhabarkan Syurga oleh pemilik wajah yang tampan, kekasih yang maha agung, Rasulullah...

apa rahsianya tentang lelaki itu? banyak bangun malam? zikir? puasa? bersedekah? tidak!!. tapi...

katanya: " aku redha dengan setiap apa yang Allah takdirkan untukku. aku tak mengeluh.aku tak mempersoalkan kenapa begini dan begitu, aku menerimannya kerana cintaku padaNya sangat mendalam...aku redha menerima apa saja darinya"

masya Allah, itulah rahsia seorang penghuni syurga...sungguh mendalam ku kira...sungguh...

aku juga mahu sepertinya...

library UIA,

Monday, December 27, 2010

bahasa arab

dengan nama Allah Yang maha pemurah lagi maha penyayang


alhamdulillah, mingu ketiga pengajian master cukup memberikan pencerahan dalam minda dan pemikiran.....

bagaimana untuk mengubah sistem pendidikan Bahasa Arab khususnya di Malaysia...

teruja dan kagum melihat kajian-kajian yang telah dilakukan oleh senior-senior...

moganya memberi semangat untuk saya menyumbang sesuatu untuk Islam...

ada beberapa akhowat yang secara personal meminta saya mengajarinya Bahasa Arab,

terus terang, kadang2 saya buntu nak memulakan bagaimana, hanya mengajar mereka menggunakan syllbus bukus, tanpa mengambil kira latar belakang mereka.

pengkhususan saya kali ini lebih kepada Teaching, moganya dapat membantu mengembangkan pemikiran saya bagaimana untuk mendesignkan sylabus yang sesuai....

kuatkan kaki ini..semangat ini...keikhlasan ini....agar saya terus menyumbang untuk Islam, bukan untuk kepentingan diri.

ya Allah...padamu tempatku bersandar


rumah sewa
10:11pm
dengan Nama Allah,

saya kan menyanyangi mereka

sepenuh hati

semampu yang mungkin

kerna mereka

amanah

anugerah

juga ujian

ingatlah....

semuanya dilakukan untuk Allah

semuanya demi redha Allah

semuanya untuk meraih cinta Allah

suburkan kecintaanku pada mereka ya Allah

semaikan benih cinta di antara kami

saya akan terus mendidik mereka

menjaga mereka

mengembangkan potensi mereka

agar mereka akan menjadi pewaris kerja2 Rasul

tenang hati ini melihat wajah mereka petang tadi

menjadi memori yang sangat indah buat insan sepertiku

melihat mereka menjadikan diri ini lebih bermakna

saya berjanji Ya Allah, saya tidak akan putus asa mentarbiyah mereka

sebagaimana mereka yang terdahulu mentarbiyahku tanpa jemu dan bosan

setiap lafaz janji, pasti diuji

pasti

saya bersedia ya Allah dengan bantuan dan izinMu jua

saya rindukan kamu kerana pemilik rindu dan seluruh hidupku meredhainya begitu...

persoalan

Jujurnya saya selalu bertanya

Jauh dalam hati

Hinggakan terkeluar dari mulut saya

Persoalan itu saya yakini

Akan terjawab jua suatu hari nanti

Mengapa kita tidak bersatu aje?

cumanya...

saya akan meneruskan segala usaha yang saya mampu lakukan

senantiasa bersangka baik

juga menyokong usaha mereka

mendokan meraka dan kami....

bahawanya suatu hari, kami pasti bergabung

kerna sya meyakini Islam itu agama perpaduan

jangan bergaduh

jangan bersangka dengan sangkaan - sangkaan syaitan

salinglah menyokong

salingkah bergadai bahu

mengembalikan ummat ini yang semakin hanyut

rasa itu

mulakan dengan nama Allah, moga diberkati segalanya

rasa itu datang....

mengganit ke dalam hati ini...

amanah ini perlu dipikul...

berat.sakit.letih.

tapi...ada bahagia yang bertandang...

ada ketenangan yang mengetuk...

ya Allah,

aku rindu aku cinta pada teguranMu

Wednesday, November 24, 2010

peluang kerja di ITNM

Peluang Kerjaya

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sebuah syarikat berkaitan kerajaan diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan dan diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa individu yang dinamik untuk jawatan berikut :-
PENTERJEMAH PELATIH

Calon akan menjalani program latihan dalam bidang penterjemahan dan penyuntingan.

Tarikh Tutup: 06 Dec, 2010

Tanggungjawab Kerja

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sedang mencari calon baharu yang dinamik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami dalam usaha menerajui bidang terjemahan di Malaysia. Calon akan menjalani program latihan dalam bidang penterjemahan dan penyuntingan. Program latihan ini adalah sebahagian daripada inisiatif ITNM dalam usaha melahirkan penterjemah mahir bagi melaksanakan projek terjemahan kami pada masa hadapan. Calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon mengikuti program latihan ini.

Calon yang berjaya akan ditawarkan tempat sebagai pelatih program selama setahun dan akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM1,200.00 termasuk beberapa manfaat seperti KWSP, PERKESO dan Insurans Perubatan. Calon berkenaan akan diberikan pendedahan dan pengalaman kerja selama menjalani program latihan tersebut. Seterusnya calon yang layak akan diberikan peluang untuk diserapkan ke jawatan tetap selepas tamat tempoh kontrak.



Syarat Kelayakan

• Mempunyai ijazah dalam apa-apa bidang atau berpengalaman dalam bidang terjemahan.
• Fasih bertutur dan mahir menulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
• Mempunyai personaliti dan kemahiran komunikasi yang baik.
• Mahir menggunakan komputer.

rujuk laman webnya:

http://www.itnm.com.my/career/penterjemah_pelatih1/

Monday, November 22, 2010

remember

Kerja yang perlu dibereskan dalam beberapa minggu berbaki:


- Terjemah module CCAC dari Bm –BI
- Terjemah buku tarbiyah BA – BM
- Menyiapkan module mukhayam arab,07/12/2010
- Menyiapkan module Bahasa Arab SPM dan PMR
- Menghafaz zuju’29
- Menghafal 20 hadis arbain
- Memikirkan tajuk thesis master

Sunday, November 14, 2010

فضل ذوالحجة

الحمد لله

من مواسم الطّاعة العظيمة العشر الأول من ذي الحجة ، التي فضّلها الله تعالى على سائر أيام العام ؛ فعن ابن عباس رضي الله عنهما ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( ما من أيام العمل الصالح فيهن أحب إلى الله منه في هذه الأيام العشر . قالوا ولا الجهاد في سبيل الله !! قال : ولا الجهاد في سبيل الله ، إلا رجل خرج بنفسه وماله ولم يرجع من ذلك بشيء ) أخرجه البخاري 2/457 .

10 TERAWAL DARI ZULHIJJAH MERUPAKAN ANTARA MUSIM YANG PENUH KETAATAN, AGUNG DAN MULIA, YANG DIMULIAKAN OLEH ALLAH KETASA HARI-HARI LAIN.


وعنه أيضا ،ً رضي الله عنهما ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( ما من عمل أزكى عند الله عز وجل ، ولا أعظم أجراً من خير يعمله في عشر الأضحى . قيل : ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال : ولا الجهاد في سبيل الله عز وجل ، إلا رجل خرج بنفسه وماله ، فلم يرجع من ذلك بشيء ) رواه الدارمي 1/357 وإسناده حسن كما في الإرواء 3/398 .

فهذه النصوص وغيرها تدلّ على أنّ هذه العشر أفضل من سائر أيام السنة من غير استثناء شيء منها ، حتى العشر الأواخر من رمضان . ولكنّ ليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة ، لاشتمالها على ليلة القدر ، التي هي خير من ألف شهر . انظر تفسير ابن كثير 5/412

فينبغي على المسلم أن يستفتح هذه العشر بتوبة نصوح إلى الله ، عز وجل ، ثم يستكثر من الأعمال الصالحة ، عموما ، ثم تتأكد عنايته بالأعمال التالية :

1- الصيام

فيسن للمسلم أن يصوم تسع ذي الحجة . لأن النبي صلى الله عليه وسلم حث على العمل الصالح في أيام العشر ، والصيام من أفضل الأعمال . وقد اصطفاه الله تعالى لنفسه كما في الحديث القدسي : " قال الله : كل عمل بني آدم له إلا الصيام فإنه لي وأنا أجزي به " أخرجه البخاري 1805

وقد كان النبي صلى الله عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة . فعن هنيدة بن خالد عن امرأته عن بعض أزواج النبي صلى الله عليه وسلم قالت : كان النبي صلى الله عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة ويوم عاشوراء وثلاثة أيام من كل شهر . أول اثنين من الشهر وخميسين " أخرجه النسائي 4/205 وأبو داود وصححه الألباني في صحيح أبي داود 2/462 .

2- الإكثار من التحميد والتهليل والتكبير :

فيسن التكبير والتحميد والتهليل والتسبيح أيام العشر . والجهر بذلك في المساجد والمنازل والطرقات وكل موضع يجوز فيه ذكر الله إظهاراً للعبادة ، وإعلاناً بتعظيم الله تعالى .

ويجهر به الرجال وتخفيه المرأة

قال الله تعالى : ( ليشهدوا منافع لهم ويذكروا اسم الله في أيام معلومات على ما رزقهم من بهيمة الأنعام ) الحج/28 . والجمهور على أن الأيام المعلومات هي أيام العشر لما ورد عن ابن عباس رضي الله عنهما : ( الأيام المعلومات : أيام العشر )

وعن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( ما من أيام أعظم عند الله ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد ) أخرجه احمد 7/224 وصحّح إسناده أحمد شاكر .

وصفة التكبير : الله أكبر ، الله أكبر لا إله إلا الله ، والله أكبر ولله الحمد ، وهناك صفات أخرى .

والتكبير في هذا الزمان صار من السنن المهجورة ولاسيما في أول العشر فلا تكاد تسمعه إلا من القليل ، فينبغي الجهر به إحياء للسنة وتذكيراً للغافلين ، وقد ثبت أن ابن عمر وأبا هريرة رضي الله عنهما كانا يخرجان إلى السوق أيام العشر يكبران ويكبر الناس بتكبيرهما ، والمراد أن الناس يتذكرون التكبير فيكبر كل واحد بمفرده وليس المراد التكبير الجماعي بصوت واحد فإن هذا غير مشروع .

إن إحياء ما اندثر من السنن أو كاد فيه ثواب عظيم دل عليه قوله صلى الله عليه وسلم : ( من أحيا سنة من سنتي قد أميتت بعدي فإن له من الأجر مثل من عمل بها من غير أن ينقص من أجورهم شيئاً ) أخرجه الترمذي 7/443 وهو حديث حسن لشواهده .

3- أداء الحج والعمرة : إن من أفضل ما يعمل في هذه العشر حج بيت الله الحرام ، فمن وفقه الله تعالى لحج بيته وقام بأداء نسكه على الوجه المطلوب فله نصيب - إن شاء الله - من قول رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( الحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة ).

4- الأضحية :

ومن الأعمال الصالحة في هذا العشر التقرب إلى الله تعالى بذبح الأضاحي واستسمانها واستحسانها وبذل المال في سبيل الله تعالى .

فلنبادر باغتنام تلك الأيام الفاضلة ، قبل أن يندم المفرّط على ما فعل ، وقبل أن يسأل الرّجعة فلا يُجاب إلى ما سأل

Saturday, November 13, 2010

Duhai hati,kenapa kau sering merajuk

oleh adik norfarhana abu bakar

Duhai hati,kenapa kau sering merajuk ,,

Sedangkan engkau tahu Allah pemberi kekuatan pdmu,,

Duhai hati,,kenapa engkau bersedih?

Sedangkan engkau tahu,perancangan Allah itu sgt cntik,,

Duhai hati mengapa engkau rasa pilu,,

Sedangkan Allah sedang memberikanmu sesuatu yang sangat indah

Andai engkau bersabar hanya sedikit masa lagi

Dan andainya engkau tahu

Bahawa Kekasihmu tetap Satu

Dialah Allah yang sering mendengar rintihanmu

Dialah Allah yang sering menjadi tempat untuk kamu mengadu

Percayalah,saat engkau diuji dengan ujian dunia,,

Tidak kira sekecil mana pun ia,,

Engkau telah melangkah satu tapak mendekatiNYA

Andai engkau meredhakan segalanya

Bukankah itu satu nikmat yang engkau sendiri inginkan

Tetapi mengapa engkau sering merajuk wahai hati,,

Biarkan ia,biarkan ujian terus menyapa kamu

Selangkah kearah Kekasihmu(Allah),seribu kali Dia mendapatkanmu

Bukankah itu suatu yang indah??

Jika engkau mengerti!!

Jgn lagi bersedih wahai hati,,,

Kerana bukan mudah utk mendapatkan sesuatu yang mahal nilainya

Bukan mudah untuk menggarap dan terus merasakan nikmat cinta Ilahi

Dan bukan juga mudah menjadi ahli FIRDAUSI!!

Andainya engkau mengerti!!

Friday, November 12, 2010

SELAMAT TINGGAL SAFIYYAH

Selamat tinggal Safiyyah..banyak kenangan bersamanya. Sukar dilupakan. Selama 3 tahun setengah aku bersamanya, bermula 15 julai 2007, apabila memulakan pengajian ijazah di sini.

Proses mengemas barang sedang bermula. Bilik perlu dikosongkan menandakan berakhir sudah bilik comel Mahalah Safiyah berkhidmat kepada saya.. selepas ni, saya perlu menghantar barang2 ni pada rumah sewa.. itulah perancangan saya selepas ni. Berpindah ke rumah sewa.

Di Safiyyah, di sini…terlalu banyak kenangan yang terukir….

Di sini…

di musolla blok e, tempat usrah ku yang pertama, bersama beberapa rakan2 dan seorang kakak yang bersungguh untuk merubah diri menjadi yang lebih baik dari semalam. Biarpun pada mulanya, saya agak main2, sekadar datang..menghabiskan masa..lama2 keseriusan timbul. Alhamdulillah.


Di sini…


Di court Safiyah, saya pernah menangis seorang diri…merintih hiba…merenung langit..meluahkan rindu kepada Allah..kadang2 di tengah2 malam, kadang2 di waktu gelap pekat pagi….kerna tidak mahu yang lain Nampak… Itulah diriku..suka sangat meluahkan rasa hati kepada alam…langit itu..pokok itu..gunung itu… mereka menjadi saksi luahan hatiku yang sedang meningkat…


Di sini jua, saya berjogging di kala mood riyadah muncul…sambil menghirup dalam2 udara pagi… di kala itu, terdetik di dalam hati, alangkah indahnya andai setiap pagi, saya menghabiskan masa di sini, menikmati panaroma pagi..terdetik jua alangkah ruginya orang yang berkelumung di dalam selimut, tapi akhirnya ia hanya menjadi azam yang tak tertunai.. manusia…


Di sini…
Saya bertemu rakan2 baru…yang semestinya menjadi kenangan yang begitu mendalam dalam diri ini. Mengenali mereka…mendewasakan diri ni tentang alam kehidupan…


Di sini…
Musolla di sini pernah menjadi saksi kepada usaha kecil saya dan rakan2 untuk mengimarahkan musola kecil di sini..Qiyam, Iftar, solat berjemaah, Tazkirah ringkas, tahsin al-Quran.. biarpun hanya kecil-kecilan, tetapi tetap berbekas di hati ini, belajar tentang ukhuwah, kasih-sayang, berkorban … manisnya.


kenangan mengetuk pintu bilik2 setiap pagi kerana khuatir ada penghuni blok terlepas subuh, menjadi kenangan yang begitu mengusik hati..

semuanya...
yang pasti, saya akan meninggalkan Safiyyah penuh dengan kenangan. Kenangan untuk saya muhasabah untuk perjalanan akan datang..

sudahkah saya melaksanakan tanggungjawab saya sewajarnya kepada Safiyah?

Bagaimana pula tanggungjawab saya terhadap penghuni Safiyyah?

Sekiranya tidak, bagaimana saya akan menggantikan semuanya?

Persoalan ini akan terus berada jauh didalam pemikiranku…

Sekiranya Allah bertanya, sepanjang 3 tahun setengah di sini, apa yang aku lakukan sebagai khalifah fil ard?

Adakah anggota badanku lancar memberitahu segalanya?

Atau adakah hanya kebisuan yang terlukis gambaran kepada tiada apa2?

Ya Allah, ampun aku atas kelemahan diri ini…yang kadang2 bersemangat…kadang jatuh merudum…hangat2 tahi ayam…

Friday, November 5, 2010

Thursday, November 4, 2010

stress bagi yang stress dan terus stress

Sedang memahami konsep stress, untuk menyiapkan diri menghadapi final exam HEALTH PSYCHOLOGY rabu ini. Saya telah mendapat Sesuatu yang sangat berharga dari kelas ini, sangat banyak untuk dikongsikan. Biarpun ada kawan yang mengatakan rugi saya mengambil minor Psychology, kerana katanya sekirannya saya tidak mengambilnya, sudah pasti sekarang saya sudah grad dengan bachelor Bahasa Arab dan kesusasteraan, dengan kelas pertama. Disebabkan saya lumrahnya memang selalu dapat skor subjek B.Arab. tetapi bila saya mengambil subjek Psychlogy sebagai minor, sedikit demi sedikit result saya semakin menurun… kadang-kadang hati ini terdetik juga perasaan itu. Tapi akhirnya…. Di hujung se mini, sem yang terakhir ini, sya memperoleh sesuatu yang sangat berharga di dalam kelas HEALTH Psychology. Apa dia? Nanti saya kngsikan bersama.


Kembali kepada tajuk STRESS. Pernah anda mengalami situasi ini:


Kerja terlampau banyak, baju tak terbasuh, bilik tak terkemas, buku-buku dan nota-nota yang anda tahu perlu dibaca, tetapi anda hanya memandangnya tidak bernafsu…… anda cuba untuk melakukan sesuatu, tapi tiada kekuatan, menyebakan anda hanya melihat dengan layu kerja-kerja di depan anda….


Anda baru aje makan petang merangkap malam. Anda terasa ingin menguyah. Fikiran anda hanya teringatkan makanan, tidak dapat tumpu perhatian pada apa yang ada baca, anda hanya mahu makan dan terus makan. Anda bergegas ke kiosk, ,melihat coklat, terasa mahu memakannya, aiskrim, ‘ckedih’ junk food…semuanya... tanpa mengirau tentang budget, anda terus membelinya tanpa rasa bersalah… yang penting keinginan hati dituruti….


Anda membawa diri..tidak mahu berjumpa dengan sesiapa., kenapa? Kerana anda cepat naik bosan, menyampah, melihat rakan anda, anda merasa darah anda cepat naik tiba-tiba, akhirnya anda membawa diri, ke padang bola, ke court, terperap di dalam diri, merenung diri, mengenang diri….


Jerawat dimuka anda bertambah…

Anda mengalami Sakit perut yang tidak tahu puncanyaa….

Muka merah atau pucat

Tangan sejuk dan berpeluh (basah)

Rasa loya atau tidak lalu makan

Mulut kering

Rasa takut sesuatu akan terjadi

Kerongkong rasa tersekat

Sentiasa menelan air liur

Anda sebenarnya mengalami STRESS…..

Stress kadang-kadang baik….kadang-kadang merbahayakan.

Apa itu stress?

Kenapa sesetengah orang menganggap sesuatu perkara itu stress, dan setengah yang lain tidak merasa apa dengan perkara yang sama….

Kerana….

Stress akan terjadi apabila kita mentafsirkan sesuatu yang berlaku itu STRESS….
Stress yang baik dinamakan acute stress. Stress ini meningkatkan prestasi kerja kita, menyebabkan kita rasa termotivasi untuk menyiapkan kerja, bersungguh-sungguh, dan seterusnya merancang demi penghasilan yang baik….

Bagaimana prosesnya berjalan?

Apabila kita mengalami tekanan, badan kita akan sedar bahawa di sana dia akan menghadapi cabaran, makannya dia akan bersedia untuk bertindak- samada melawan atau menyerah.

Oleh kerana itu, harmon badan kita akan mengeluarkan harmon stress iaitu, harmon adrenalin, noadrenalin, cortisol….harmon ini berfungsi untuk menyediakan tenaga yang secukupnya untuk menghadapi tekanan tersebut,ianya akan menyebabkn denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung), gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan), pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya.

Perubahan-perubahan ini berlaku secara semulajadi selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Seterusnya ia akan memotivasikan anggota badan untuk BERTINDAK..

Stress yang merbahayakan dinamakan distress, chronic stress, bad stress. Stress ni akan berlaku apabila badan kita mengeluarkan harmon stress yang berlebihan dan berterusan, tidak dikawal, dan tidak digunakan dengan cara yang betul…….harmon stress yang berlebihan ini akan menyempitkan kita punya pembuluh darah ( blood vessels), tekanan darah menjadi semakin tinggi kerana perlu mengepam darah kepada anggota lain, apabila tekanan darah meningkat, hati perlu bekerja keras untuk mendapatkan oksigen yang diperlukan….


Apabila ianya berterusan, anggota dalamn badan tidak mampu lagi relax, tekanan darah akan berterusan tinggi, dan akan terus bertambah seiring bertambanya umur seseorang…..dan bertambahnya stress dalam kehidupannya.
Hasilnya….anda akan menghadapi tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, hypertension, kanser, migraine…..
Sesungguhnya Allah swt yang maha aagung telah menyediakan sesuatu yang unik di dalam tubuh kita, satu proses yang menakjubkan yang mengawal tekanan di dalam diri kita……
Oleh itu, apabila kita menghadapi tekanan,


- Ubahlah cara anda menghadapi stress, ingat…yang penting bagaimana anda mentafsirkan stress dalam hidup anda…restructure your thoughts, and modify your behavior…

- Ketika stress, amalkan pemakanan yang sihat, jangan mengambil sewenang-wenangnya makanan yang memberi penyakit…..junk food dan seumpamanya,kerana ia makin menambahkan tekanan…langsung tidak membantu….sebaliknya tukar dengan memakan buah-buahan, sayur-sayuran yang banyak….


- Exercise…..percayalah exercise mampu mengeluarkan feel-good hormones.. kalau tak percaya, cuba jogging esok pagi, anda akan mendapati sepanjang hari mood anda ceria aje….tiada lagi muka masam di muka…

Semoga bermanfaat untuk semua….

Monday, October 18, 2010

saya dan doktor?




In your life, have you ever seen your doctor? Of course, every person may see his/her doctor, at least once in their life.
Isn’t?
So how you communicate with your doctor? Who are speaking more, you or your doctor?

Remember the last time you visited your doctor….to complain about your health, your illness and so on…do you remember, what the first question your doctor ask?

“ sakit apa?” isn’t?


In this article, I will discuss about medical communication that I studied from my health psychology class. Just want to share with all of you this beauty knowledge.

This will benefits you, if you are doctor, or future doctor, nurse or future nurse, or you are somebody that wants to improve your communication skills with patients, who come from your family members, your parents, and your siblings and so on.

There are three fundamental models of physician-patient relationship.

Firstly is active passive model. This model is used when patients in unconscious conditions, has a mental disorder, or got trauma and at that time, they cannot decide any decision about their health care. So that, doctor has power to make decision in health care matter in behalf of their patients. For example, when a patient has a mental disorder, the doctor will takes a place to make choice regarding his health care, from the arrangement of diagnosis, until the choice of types of treatment.



The second one is guidance cooperation model. This model describes that a doctor plays major responsibility concerning health issues, from planning of analyze the illness, until the selection of treatment to the patients. The patient merely involves in decision making about his health care. He/ she just listened what doctor said, cooperated and followed it without curiosity to know deeply about his/ her health- illness concern. The patient will be asked about their health-illness, and the patient answer that question, but unfortunately, the patient usually leaves the thinking and decision about their health to his/her doctor.


The third one is mutual participation model. This model explains that a doctor and the patient share responsibility in making decision regarding the health care matters. The doctor will give the explanation about the different methods of diagnosis to diagnose the patient’s illness, and the patient will give his/her opinion about the methods that is best to apply to him/ her. This model acknowledges the patient as a person who has freedom to make decision about his/her health-illness.

p/s : madam hariyati advised me to practice writing more and more. so I do it. :)

Saturday, October 16, 2010

salahkah menagis kerana gagal exam?




dunia pelajar ada turun naiknya...kadang-kadang cemerlang, kadan-kadang gagal...

tapi salahkah menangis kerana gagal exam?

bagi pendapat saya, hamba yang hina ini, merasakan tidak salah...

kita manusia, punya fitrah untuk sedih, punya fitrah untuk mengalirkan air mata...

kekasih Allah, nabi Muhammad SAW, pernah menangis dlam hidupnya. tak salahkan?


saat Nabi diuji dengan kehilangan Ibrahim, ank kesyangannya, lantas Sahabat bertanya: " Ya Rasulullah, kamu menitiskan air mata?"

wahai sahabatku, aku menangis atas pemergian ankku, ttapi hati ku REDA.

menangis tidak salah...tapi di dalam hati harus reda. jangan disalahkan takdir. jangan pernah bersangka buruk kepada Allah. optimislah. semuanya ada hikmat.

di dalam setiap amal kita, bukankah kita mahukan Allah mencintai kita? dan bukankah Allah sangat mencintai hambaNa apabila dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukan dengan ITQAN. BERSUNGGUH-SUNGGUH.

bersungguh-sungguhlah dalam study, bersungguh-sungguhlah dalam merubah diri, bersungguh-sungguhlah dalam berdakwah

kerana...

kita mahu dicintai Allah..

bersungguhlah dalam study, kita perlu berusaha dan terus berusaha..

samaada kita lulus atau sebaliknya, OPTIMISLAH...

sumenya ada hikmat...

sumenya mengajr kita erti seorang HAMBA...


SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM...

belajarlah kerana Allah, nescaya kamu tidak akan RUGI.

Monday, September 13, 2010

salam aidilfitri

SALAM AIDILFITRI.....


kepada yang mengenali diri ini,

mohon maaf atas segala salah dan silap....

pada sesiapa yang masih tidak dapat memaafkan diri ini, mohon berjumpa dengan saya

sendiri....

moga Aidilfitri kali ini, membuka lembaran baru dalam kehidupan kita semua...insha allah...


al- fatihah untuk sahabat, NIK HAFREZ, taasl UIA yang telah kembali ke rahmatullah...

giliran kita bila? sesungguhnya kematian itu sesuatu yang pasti....


ya Allah, matikan kami dalam husnul khatimah...ameen..


di kesempatan ini, nak ucap tahniah pada kawan2 yang bakal menamatkan zaman bujang:


<<<< kak siti zubaidah

>>>> nur syahira & mohd syahrul ifwat

<<<<< mohd ikhwan mohd idris ( sepupu )

......dan lain-lain lagi.....


semoga berbahahagia dan dirahmati Allah...amin..

Friday, August 6, 2010

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah"


Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!



ALLAHUAKBAR!



CERITA INI SAYA DENGAR DARI MULUT MURABBI SAYA LAA DAHULU...HARI INI, SAYA MENJUMPAINYA DI DALAM SATU BLOG KAWAN SAYA...


INSYA ALLAH..SAMA2 AMBIL IKTIBAR

DIA MENANGIS LAGI


Dia menangis lagi…dan terus menangis..mengenang diri..usia yang makin meningkat…membuatnya semakin mencari erti sebuah kehidupan..dia merasakan sesuatu yang kosong…kosong dan kosong… sukar untuk menguungkapkan… air mata terus menitis…sudah lama dia tidak meneguk kelazatan saat bermunajat dengan Penciptanya. Dia seolah-olah tidak tentu arah..di mana silapnya? Apa yang sebenarnya berlaku…jauh di dalam hati, dia tahu ada sesuatu yang menghalanginya…MAKSIAT..itulah satu perkataan menggerunkan hatinya..


Dia masih lagi di situ..bersendirian..membawa diri..membawa hatinya yang kosong…bukannya dia tidak menghadiri majlis ilmu, malahan setiap minggu, dia pasti akan menghadirinya..dan setiap kali berada di sana, hatinya pasti bergolak…dan terus bergolak..mengapa wahai hati?


Dia..masih lagi merenung tentang kehidupannya…akhlaknya…dia tahu jauhnya dia dari akhlak islami, akhlak kekasih ALLAH, akhlak QURANI..dia tahu, dia perlu lakukan sesuatu..dia perlu BERUBAH.. dia termangu..bukankah selama ini dia cuba berubah,tapi…dia terjeda…ada sesuatu yang menghalanginya..

YA ALLAH..Dengarlah rintihan hati ku ini ya ALLAH…hambamu yang hina, yang tidak ada apa-apa pada diriku…yang tidak memiliki apa-apa..
YA ALLAH..aku ingin menjadi hambaMU…sebenar-benarnya…yang tidak takut dan gentar melainkan kepada MU,




YA ALLAH..aku ingin mengejar cintaMU…aku ingin meraih REDHAMU..dalam setiap tingkah laku ku..perbuatanku, fikiranku, perkataanku…
YA ALLAH…aku ingin MATI dalam keadaan IMANku, CINTAKU,RINDUKU sangat mendalam pada mu…ya ALLAH, cabutlah nyawaku dalam keadaan aku merinduiMU dan kekasihMU



Wednesday, July 21, 2010

coretan di malam hari

Dia pasti tiba…dia pasti akan datang… saat dan detik yang sangat-sangat dirindui… ya Allah, sempat kah aku?



Ramadhan makin menghampiri kita…sangat hampir..rindunya pada suasana RAMADHAN… suasana yang penuh ruhi dan penuh barakah…YA ALLAH…adakah kami masih lagi berpeluang mengecapi kenikmatan Ramadhan?


Ya Allah, berkatilah kami pada bulan SYABAN, dan sampaikan kami pda RAMADHAN>>>
Sedikit coretan untuk DIRI dan yang lain:


Banyakkan berpuasa…agar stamina diri OK saat RAMADHAN tiba…..
Pastikan IBADAH lain dijaga- tilawah, solat sunat, qiyam….
Banyakkan berdoa mudah mudahan Allah merahmati dan memberkati

Saturday, July 10, 2010

luahan hatiku


alhamdulillah...telah kuhabiskan masa cutiku sepenuhnya di rumah.

saat ini,,, sahabat2ku pasti sedang berdaurah di Ansar..pasti mereka sendang mengupdate iman masing2... hanya aku masih lagi di rumah. semua panggilan, mesej2 dari ukhti-ukhti kesayanganku tak kubalas..aku melayan rasa..merawat kedukaan kerna tidak dapat menghadiri daurah penting itu, yang diadakan bertujuan memulihkan menyuburkan keimanan kembali, agar memulakan sem baru dengan lebih bersemangat untuk mengabdikan diri sebagai seorang hamba...totalitas sebagai hamba...

YA ALLAH..rindunya aku pada mereka..maafkan ku teman, bukan sengaja aku tidak membalas mesejmu, tidak mengangkat panggilanmu, tapi...aku sedih...berkecai jua air mataku saat ini..saat menulis luahan hatiku..

YA ALLAH...izinkan aku untuk menjadi salah seeorang daie Mu...
Ya ALLAH...jangan kau tinggalkan aku...
Ya ALLAH...aku juga ingin menjadi seperti mereka...yang ikhlas berjuang kerana Mu
Ya ALLAH...aku tahu..aku punya kelemahan diri..tapi perasaanku..keinginanku...untuk menjadi DAIE MU ada pada diriku...
Ya ALLAH...izinkan aku....izinkan aku menjadi sebahagian dari mereka....


Ya ALLAH..ampuni daku...ampuni daku...ampuni daku...

Friday, July 9, 2010

aduhai blog2

hari ni berjam-jam ku menghabiskan masa di depan laptop, semata-mata melayari blog.. entahlah suker sangat aku melayari blog kawan-kawan dari yang aku kenal sampailah kepada kawan kepada kawan2 aku yang tak aku kenali pun....huhu...

membazir masa ker? tak tahulah...harap aku amik sesuatu dari pembacaan blog tu.. tapi yang anehnya, aku suke sangat baca citer diorang..tentang kehidupa mereka sekarang... tentang apa yang mereka rasai...tentang harapan mereka...

paling suke baca blog yang citer tentang diri sendiri, tapi ada mesj yang nak disampaikan...ha yang tu paling suka, macam blog mencari dan terus mencari cinta ilahi..

tapi kalau citer hal sendiri untuk umum, tak berape suke...malu deh nak citer hal sendiri...macam takder citer lain..tapi suke baca citer orang lain...huhu.. sebenornya malu nak citer hal sendiri...

teringat kata2 ukhti ada, menulis tentang perjalanan hidup sendiri penting..kalau melihat kepada tokoh-tokoh islam,macam ibnu sina,dlln mereka menulis dan mencatat kisah2 kehidupan mereka, oleh sebab itu, kita dapat mengetahui kisah2 mereka....mengambil pengajaran dan semangat dari kisah mereka...hurm....betul2

bercerita tentang diriku yang serba hina ini,

12/07/2010- aku bakal memulakan hari pertama sem terakhir di bumi UIA, untuk menghabiskan beberapa subjek ijazahku...moga sem terakhir ijazahku ini aku buat terbaik...moga tercipta kenangan manis di sini...bersama pensyarahku, rakan-rakan sekuliahku, murabiku,sahabat-sahabat usrahku, mutarabbiku, roomateku, makcik2 cleaner, pak guard, mak guard, kak guard,dan semuanya kenalanku du bumi UIA...

sem ni..subjek yang diamik tak banyak...memikirkan untuk mencari kerja..alhamduillah dah dapat kerja sebagai guru tuisyen..home tuisyen...alhamdulillah sekarang dah ada motor( motor kak long) dan dah pandai guna,(time kasih cikgu)senang nak keluar uia. cumanya takder lesen....akan difikikan untuk tindakan selanjutnya..kene brjimatlah nampaknya sem ni..takper berjmat sekarang untuk kemudahan akan datang...ye tak?

ramai rakanku yang bertanya terutama yang dari universiti lain, tak habis lagi ker?
heheh..jawapanya tak habis lagi..ye kawan2...insya Allah akan habis jua...

okla, nak berhenti.dah kemana2 dah aku ni..huhu..wahai NOR HIJANAH MOHAMED dan kamu teruskan berusaha...berusaha dan terus berusaha untuk menjadi lebih cemerlang..cayok..TAKBIR...

Wednesday, June 16, 2010

ISLAF NAFSAK WAD’U ROIRIK PERBAIKILAH DIRIMU…DAN SERULAH ORANG LAIN….

Semalam selepas pulang dari tempat praktikal, terus pulang ke rumah sewa, rumah yang kududuki sepanjang short sem ni. rumah yang dapat ku tarbiyah diriku, menjadi insane yang lebih cekal dan memahami…selepas magrib, terus turun ke balai, membuat sesi pengajian agama dengan adik-adik di sekitar kampong..

Perbaikilah dirimu dan ajaklah orang lain…itulah salah satu kata-kata yang sangat dekat dengan ku saat ni. berubahlah..perbaikilah diri, dari akhlak jahiliyah kepada akhlak islami…dari jahil lepada berilmu, dari ragu-ragu kepada yakin, sedikit demi sedikit, yang pasti teruskan pembaikan sampai akhirnya…sampai saat kita menghembuskan nafas terakhir…

Dan saat kita perbaiki diri kita, jangan lupa untuk ajak orang lain…ajaklah sesiapa saja yang ada di sekeliling kita..ajaklah walau ianya budak kecil..walau dia seorang budak sekolah rendah…ajaklah dan terus mengajak..mereka di sekeliling kita, tanggungjawab kita.

Persoalannya, bagaimana mahu mengajak? Sedangkan Allah mengatakan kita adalah umat yang terbaik.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah." Ali Imran: 110

Jawapannya, cukuplah kita menyampaikan satu fikrah islam dengan sesiapa sahaja yang kita jumpa. Kalau saban hari kita ke tempat kerja, sampaikan fikrah islam kita kepada rakan-rakan sepejabat kita. Kalau kita ke kuliyah setiap hari, sampaikan fikrah islam pada rakan sekelas kita…


Bagaimana mahu menyampaikannya? Sangat banyak caranya, yang penting kita punya niat, mungkin kita boleh sampaikan melalui akhlak kita, melalui perbualan kita bersama mereka, melalui pandangan kita terhadap sesuatu, melalui tingkah laku kita….melalui risalah-risalah yang kita tampal dan sebagainya….

Untuk menyampaikan, kita perlukan ada sesuatu…bagaimana mungkin kita nak sampaikan fikrah islam, kalau kita tiada sesuatu itu… sesuatu itu akan datang dari “ perbaikilah dirimu”


Duhai NOR HIJANAH MOHAMED dan kamu….PERBAIKILAH DIRIMU DAN AJAKLAH YANG LAIN…a

Friday, May 21, 2010

oh ibu...oh ayah

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,
isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak
ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa
yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli
hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke
kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan
semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami
sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,
hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak
ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke
kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya
sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama
:

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam
mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun
itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Sunday, April 4, 2010

alaihai tidur pagi


Aduhai..tidur pagi..tidur pagi…memang seronok..sangat lena… sape yang tak suke tidur

pagi?? kalau dipantau dari dekat rata-rata pelajar UIA terlelap semula selepas

subuh. Bukan menuduh…tapi itulah kenyataannya. Bagi yang kelas pukul 8, tidur jugak

sekejap..kul 7.15 or 7.30 or 7.45 baru bangun. Yang penting mesti tidur… seolah-olah

tidak lengkap kalau tidak tidur selepas subuh….kalaupun mata tak mengatuk, tetap

juga baringkan badan,,,pastu terlenalah…..sedap sedap…itulah kenangan yag pernah aku

sendiri mengalaminya



Teringat kalau pulang ke kampong, pasti akan menahan jugak mata ni dari tidur,

bimbang dileteri ibu…tapi saat bila ibu tiada di rumah, semua ambil kesempatan untuk

tidur..kadang-kadang kul 10 baru bangun…itulah…kisahnya

SEHINGGALAH….

Saat aku membuka pintu bilik, pada ketika itu jam menunjukkan pukul 7.30. ingin

menuju ke bilik air untuk mandi setelah baru bangun dari tidur selepas subuh,

kelihata sesubuk tubuh tua yang memang aku kenali, makcik cleaner dari seberang sana

sedang menyapu tepat2 depan bilik aku…

Ah…aku jadi malu..pukul berapakah makcik tua itu bangun?? Sudah tentu awal dia

sampai UIA. Masakan pukul 7.30, dia sudah menyapu di depan bilik aku yang letaknya

di tingkat 4..

pukul berapakah dia mula menyapu tingkat 1? Tingkat 2? Tingkat 3?

“ baru bangun dik” dia menyapa aku dengan senyuman mesra…ah aku malu

sendiri…kalaulah yang di depan itu mak aku…kalaulah di deapn itu mak mertua

aku…(hehe) MALU

MALU dan terus malu…….sehinggalah aku nekad..aku mahu berubah…..aku mahu menikmati

indahnya pagi…aku mahu badanku segar saat Allah sedang memberkahi umat ini dengan

nikmat pagi..

Sebagaimana Nabi kita yang tercinta pernah bersabda : “ya Allah, berkatilah ummatku

di waktu pagi"( HR Tirmizi, Abu Dawud, Ahmad dan Ibn Majah).

WAHAI DIRIKU DAN DIRIMU…

Pernah mendengar kata-kata ini : “ jika musuh nak datang menyerang malaysia, waktu

pagi adalah waktu terbaik kerna muda mudinya tidurrr pagi2."

nah! gmana ya??

sama2 kita perbaiki…kukuhkan tekad…jangan pernah mengalah pada godaan nafsu dan

syaitan…

percayalah anda mampu mengubahnya….

InGAT…

SUNGGUH JELEK TIDUR PAGI. HILANG BERKATNYA….

OK…INGAT TU…..

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
( lagu Maher Zain)A

Rasulullah saw bersabda, " Ya Allah, berkatilah ummatku di waktu pagi

"Berhati-hatilah dari terpaan rasa kantuk dan berusahalah tidak tdur pada ruas waktu setelah Subuh hingga terbitnya matahari." Para salafushalih sangat tidak menyukai tidur pada waktu itu.

Tuesday, February 2, 2010

sudah lama tak berblog...rindu rasanya untuk berblog...

tapi disebabkan kekangan masa, mematikan rindu nak berblog..
ini pun, rasa sungguh tak patut...menghabiskan masa di depan blog...
memandangkan banyak lagi perkara yang perlu dibaca untuk exam esok dan lusa...

moga Allah mengampuniku...

baru sahaja membentangkan tugasan...tajuknya : HOW IMAGERY LEAD TO BE KHUSYU' IN SOLAT.... IN COGNITIVE PSYCHOLOGY CLASS...

tajuknya bagus..tapi sangat sedih dengan keadaan diri sendiri...

hamba belum mampu mencontohi Rasulullah dan para sahabat solat.

mereka solat...ish...jauhnya beza dengan diri hamba ini.

rasanya hamba lebih menggigil untuk present depan orang lain, berdebar lebih hebat bila bercakap depan orang ramai...rasa gemuruh...

tapi depan Allah...seingat aku, aku tak pernah mengalami perasaan debar, takut, menggigil bila berhadapan dengan Allah dalam solat, seperti aku berdebar ketika pembentangan....

ya Allah...hinanya hambamu ini...jahilnya hambamu ini..

bilakah agaknya hambamu ini dapat memiliki perasaan itu ketika berhadpan dengan mu?????