Thursday, November 4, 2010

stress bagi yang stress dan terus stress

Sedang memahami konsep stress, untuk menyiapkan diri menghadapi final exam HEALTH PSYCHOLOGY rabu ini. Saya telah mendapat Sesuatu yang sangat berharga dari kelas ini, sangat banyak untuk dikongsikan. Biarpun ada kawan yang mengatakan rugi saya mengambil minor Psychology, kerana katanya sekirannya saya tidak mengambilnya, sudah pasti sekarang saya sudah grad dengan bachelor Bahasa Arab dan kesusasteraan, dengan kelas pertama. Disebabkan saya lumrahnya memang selalu dapat skor subjek B.Arab. tetapi bila saya mengambil subjek Psychlogy sebagai minor, sedikit demi sedikit result saya semakin menurun… kadang-kadang hati ini terdetik juga perasaan itu. Tapi akhirnya…. Di hujung se mini, sem yang terakhir ini, sya memperoleh sesuatu yang sangat berharga di dalam kelas HEALTH Psychology. Apa dia? Nanti saya kngsikan bersama.


Kembali kepada tajuk STRESS. Pernah anda mengalami situasi ini:


Kerja terlampau banyak, baju tak terbasuh, bilik tak terkemas, buku-buku dan nota-nota yang anda tahu perlu dibaca, tetapi anda hanya memandangnya tidak bernafsu…… anda cuba untuk melakukan sesuatu, tapi tiada kekuatan, menyebakan anda hanya melihat dengan layu kerja-kerja di depan anda….


Anda baru aje makan petang merangkap malam. Anda terasa ingin menguyah. Fikiran anda hanya teringatkan makanan, tidak dapat tumpu perhatian pada apa yang ada baca, anda hanya mahu makan dan terus makan. Anda bergegas ke kiosk, ,melihat coklat, terasa mahu memakannya, aiskrim, ‘ckedih’ junk food…semuanya... tanpa mengirau tentang budget, anda terus membelinya tanpa rasa bersalah… yang penting keinginan hati dituruti….


Anda membawa diri..tidak mahu berjumpa dengan sesiapa., kenapa? Kerana anda cepat naik bosan, menyampah, melihat rakan anda, anda merasa darah anda cepat naik tiba-tiba, akhirnya anda membawa diri, ke padang bola, ke court, terperap di dalam diri, merenung diri, mengenang diri….


Jerawat dimuka anda bertambah…

Anda mengalami Sakit perut yang tidak tahu puncanyaa….

Muka merah atau pucat

Tangan sejuk dan berpeluh (basah)

Rasa loya atau tidak lalu makan

Mulut kering

Rasa takut sesuatu akan terjadi

Kerongkong rasa tersekat

Sentiasa menelan air liur

Anda sebenarnya mengalami STRESS…..

Stress kadang-kadang baik….kadang-kadang merbahayakan.

Apa itu stress?

Kenapa sesetengah orang menganggap sesuatu perkara itu stress, dan setengah yang lain tidak merasa apa dengan perkara yang sama….

Kerana….

Stress akan terjadi apabila kita mentafsirkan sesuatu yang berlaku itu STRESS….
Stress yang baik dinamakan acute stress. Stress ini meningkatkan prestasi kerja kita, menyebabkan kita rasa termotivasi untuk menyiapkan kerja, bersungguh-sungguh, dan seterusnya merancang demi penghasilan yang baik….

Bagaimana prosesnya berjalan?

Apabila kita mengalami tekanan, badan kita akan sedar bahawa di sana dia akan menghadapi cabaran, makannya dia akan bersedia untuk bertindak- samada melawan atau menyerah.

Oleh kerana itu, harmon badan kita akan mengeluarkan harmon stress iaitu, harmon adrenalin, noadrenalin, cortisol….harmon ini berfungsi untuk menyediakan tenaga yang secukupnya untuk menghadapi tekanan tersebut,ianya akan menyebabkn denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung), gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan), pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya.

Perubahan-perubahan ini berlaku secara semulajadi selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Seterusnya ia akan memotivasikan anggota badan untuk BERTINDAK..

Stress yang merbahayakan dinamakan distress, chronic stress, bad stress. Stress ni akan berlaku apabila badan kita mengeluarkan harmon stress yang berlebihan dan berterusan, tidak dikawal, dan tidak digunakan dengan cara yang betul…….harmon stress yang berlebihan ini akan menyempitkan kita punya pembuluh darah ( blood vessels), tekanan darah menjadi semakin tinggi kerana perlu mengepam darah kepada anggota lain, apabila tekanan darah meningkat, hati perlu bekerja keras untuk mendapatkan oksigen yang diperlukan….


Apabila ianya berterusan, anggota dalamn badan tidak mampu lagi relax, tekanan darah akan berterusan tinggi, dan akan terus bertambah seiring bertambanya umur seseorang…..dan bertambahnya stress dalam kehidupannya.
Hasilnya….anda akan menghadapi tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, hypertension, kanser, migraine…..
Sesungguhnya Allah swt yang maha aagung telah menyediakan sesuatu yang unik di dalam tubuh kita, satu proses yang menakjubkan yang mengawal tekanan di dalam diri kita……
Oleh itu, apabila kita menghadapi tekanan,


- Ubahlah cara anda menghadapi stress, ingat…yang penting bagaimana anda mentafsirkan stress dalam hidup anda…restructure your thoughts, and modify your behavior…

- Ketika stress, amalkan pemakanan yang sihat, jangan mengambil sewenang-wenangnya makanan yang memberi penyakit…..junk food dan seumpamanya,kerana ia makin menambahkan tekanan…langsung tidak membantu….sebaliknya tukar dengan memakan buah-buahan, sayur-sayuran yang banyak….


- Exercise…..percayalah exercise mampu mengeluarkan feel-good hormones.. kalau tak percaya, cuba jogging esok pagi, anda akan mendapati sepanjang hari mood anda ceria aje….tiada lagi muka masam di muka…

Semoga bermanfaat untuk semua….

No comments:

Post a Comment