Friday, November 12, 2010

SELAMAT TINGGAL SAFIYYAH

Selamat tinggal Safiyyah..banyak kenangan bersamanya. Sukar dilupakan. Selama 3 tahun setengah aku bersamanya, bermula 15 julai 2007, apabila memulakan pengajian ijazah di sini.

Proses mengemas barang sedang bermula. Bilik perlu dikosongkan menandakan berakhir sudah bilik comel Mahalah Safiyah berkhidmat kepada saya.. selepas ni, saya perlu menghantar barang2 ni pada rumah sewa.. itulah perancangan saya selepas ni. Berpindah ke rumah sewa.

Di Safiyyah, di sini…terlalu banyak kenangan yang terukir….

Di sini…

di musolla blok e, tempat usrah ku yang pertama, bersama beberapa rakan2 dan seorang kakak yang bersungguh untuk merubah diri menjadi yang lebih baik dari semalam. Biarpun pada mulanya, saya agak main2, sekadar datang..menghabiskan masa..lama2 keseriusan timbul. Alhamdulillah.


Di sini…


Di court Safiyah, saya pernah menangis seorang diri…merintih hiba…merenung langit..meluahkan rindu kepada Allah..kadang2 di tengah2 malam, kadang2 di waktu gelap pekat pagi….kerna tidak mahu yang lain Nampak… Itulah diriku..suka sangat meluahkan rasa hati kepada alam…langit itu..pokok itu..gunung itu… mereka menjadi saksi luahan hatiku yang sedang meningkat…


Di sini jua, saya berjogging di kala mood riyadah muncul…sambil menghirup dalam2 udara pagi… di kala itu, terdetik di dalam hati, alangkah indahnya andai setiap pagi, saya menghabiskan masa di sini, menikmati panaroma pagi..terdetik jua alangkah ruginya orang yang berkelumung di dalam selimut, tapi akhirnya ia hanya menjadi azam yang tak tertunai.. manusia…


Di sini…
Saya bertemu rakan2 baru…yang semestinya menjadi kenangan yang begitu mendalam dalam diri ini. Mengenali mereka…mendewasakan diri ni tentang alam kehidupan…


Di sini…
Musolla di sini pernah menjadi saksi kepada usaha kecil saya dan rakan2 untuk mengimarahkan musola kecil di sini..Qiyam, Iftar, solat berjemaah, Tazkirah ringkas, tahsin al-Quran.. biarpun hanya kecil-kecilan, tetapi tetap berbekas di hati ini, belajar tentang ukhuwah, kasih-sayang, berkorban … manisnya.


kenangan mengetuk pintu bilik2 setiap pagi kerana khuatir ada penghuni blok terlepas subuh, menjadi kenangan yang begitu mengusik hati..

semuanya...
yang pasti, saya akan meninggalkan Safiyyah penuh dengan kenangan. Kenangan untuk saya muhasabah untuk perjalanan akan datang..

sudahkah saya melaksanakan tanggungjawab saya sewajarnya kepada Safiyah?

Bagaimana pula tanggungjawab saya terhadap penghuni Safiyyah?

Sekiranya tidak, bagaimana saya akan menggantikan semuanya?

Persoalan ini akan terus berada jauh didalam pemikiranku…

Sekiranya Allah bertanya, sepanjang 3 tahun setengah di sini, apa yang aku lakukan sebagai khalifah fil ard?

Adakah anggota badanku lancar memberitahu segalanya?

Atau adakah hanya kebisuan yang terlukis gambaran kepada tiada apa2?

Ya Allah, ampun aku atas kelemahan diri ini…yang kadang2 bersemangat…kadang jatuh merudum…hangat2 tahi ayam…

No comments:

Post a Comment