Thursday, June 18, 2009

YA ALLAH…KENAPA AKU TIDAK TERPILIH?


YA ALLAH…KENAPA AKU TIDAK TERPILIH? Kenapa?

Saat kawan-kawan lain berjuang, dia sedang mengerang kesakitan. Biarpun tubuhnya sakit, jiwanya lagi sakit, berat hatinya kerana hanya mampu melihat sahabat-sahabat lain berjuang sedangkan dirinya di rumah.

“Ah…kenapa aku diuji begini? Kenapa aku tidak terpilih? Kenapa? Adakah aku belum layak untuk menjadi pejuang ISLAM? Ya Allah, jangan kau biarkan ku keseorangan. Aku juga ingin bersama mereka, merasai manisnya bergelar syuhada’. Ya Allah, jangan Kau matikan aku dalam sakit begini. Aku ingin meneguk kelazatan syurgamu atas tiket SYUHADA’.” Dia bermonolog sendirian, merayu kepada Allah agar menerimanya sebagai seorang syuhada’ dengan linangan air mata lelaki yang bukannya sedikit tapi banyak. Sungguh-sungguh mengharapkan agar Allah meredhai niat dan azamnya, diiringi penuh dengan rasa bimbang jikalau dia tidak pilih. Cukuplah hanya sekali peluang ini terlepas, dia sudah tidak tahan menanggung rindu.




Setelah 1 tahun berlalu….

Akhirnya dia mendapat berita yang ditunggu-tunggu selama ini, berita yang menuntut dia mengotakan janjinya..berita yang membenarkan dia meluahkan rindu yang membuak-buak selama ini. Tak tertahan menanggung rasa rindu yang memberat ini.. Berita yang mampu mendatangkan senyuman di wajahnya..selama setahun, dia menanti dengan penuh sabar…dan akhirnya…AllAh menguji janjinya.

Dengan segala persiapan yang selama 12 bulan itu, dia ke medan perang. Saat genting itu, beberapa sahabat yang pada mulanya bersatu, mula berpecah, ada yang lari mengejar ghanimah, tetapi lelaki itu tetap di situ, tetap patuh pada arahan kekasih Rabnya.

“ Ya Allah, aku membebasan diriku dari apa yang telah dilakukan oleh sahabatku, Ya ALLAh, sungguh Engkau maha pengampun, ampunilah sahabat-sahabatku yang lari itu,” lirih pemuda itu dalam doanya. Lantas dia terus maju menuju ke arah pasukan musuh yang datang secara tiba-tiba itu, sambil menghunus pedangnya. ketika itu dia bertemu dengan seorang sahabatnya, Saad Bin Muadz, lantas berteriak,

“ hai Saad, demi jiwa ku yang berada di dalam genggaman-Nya, aku benar-benar telah mencium aroma syurgawi…alangkah indahnya syurga..alangkah harumnya bau syurga…” Kemudian kedengaran tapak kakinya yang berlari gagah menyelusuri medan pertempuran itu.

Dan akhirnya…. Dia telah gugur sebagai pahlawan syahid. Jasadnya dicincang lebih daripada 80 luka tikaman pedang, tusukan tombak dan anak panah. Tidak dapat digambarkan saat dia jatuh terkena tusukan, dia bangkit bangun, kemudian ditusuk lagi, bangun lagi berkali-kali melebihi 80 kali. Sehinggalah tiada siapa yang mengenali jasadnya melainkan adik perempunnya, melalui tanda yang ada di hujung jarinya. Allah telah memakbulkan doanya untuk mati syahid. Malah ceritanya diabadikan dalam Quran, surah Al-Ahzab :23.

“ Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah: maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu waktu dan mereka sedikit tidak pun merubah janjinya..”

Dialah Anas bin Nadhar, seorang sahabat nabi saw yang gugur pada peperangan Uhud,yang berlaku pada 3 Hijrah. Pemuda ini telah diberi khabar gembira oleh rasulullah saw dengan syurga Firdausi. Beliau telah berjanji dengan Allah, dan kemudian Allah telah mengotakan janjinya…

BAGAIMANA DEGAN KITA? Apakah janji kita dengan Allah? Nak mempertahankan Islam? Itukah janji kita, lalu bagaimana?
Anas bin Nadhar terlampau sedih kerna tidak dapat menghadiri peperangan Badar lantaran ditimpa sakit. Tapi kita, pernahkah kita sedih, jika terlepas peluang solat berjemaah? Sedihkah kita apabila kita terpaksa tidak menghadiri majlis-majlis ilmu kerana ditimpa sakit atau sebagainya? Atau adakah kita sengaja mencipta berbagai alasan untuk tidak menghadiri majlis ilmu yang dipayungi malaikat rahmat itu?

1 comment:

  1. slm...macam kene batang idung zie je...hehehe.insaf kejak...eh dok bukan kejak insyaAllah insaf selamanya...

    ReplyDelete