Saturday, August 29, 2009

duhai hati...bersegeralah

Salam duhai hatiku dan sahabatku…
Sedar tidak sedar sudah 7 hari kita menyambut syahru Ramadhan, iaitu satu bulan yang sangat tinggi nilainya. Mungkin di antara kita masih lagi tidak dapat berpuasa, lantaran kedatangan haid yang memang merupakan satu fitrah bagi seorang wanita..tapi ingatlah, walaupun kita berada dalam kondisi yang tidak membolehkan kita puasa, kita masih boleh melakukan banyak lagi amalan2 soleh agar kita tak pernah ketinggalan untuk merasa kenikmatan awal Ramadhan…..

Hatiku dan sahabat yang dikasihi,

Jangan pernah biarkan walau sesaatpun kehidupan kita ini tanpa zikrullah. Sentiasa ingat Allah walau di mana saja dan pastikan tidur kita juga merupakan zikir…iaitu niatkan untuk mengembalikan kesegaran tubuh untuk meneruskan ibadah….

Hamba ingin berkongsi tentang satu perkara, percayalah… Allah akan makbulkan doa orang berpuasa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan… hamba percaya mungkin terlalu banyak keinginan, harapan yang kita dalam kehidupan kita… jadi, gunakan peluang ini untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah


Apabila umat Muhammad saw tiba ke tempat sembahyang, Allah berfirman kepada Malaikat : Hai MalaikatKu, apakah balasannya orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab Malaikat : Hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya . Firman Allah : Bahawa Aku saksikan kamu hai MalaikatKu, telah aku jadikan pahala dari puasa mereka pada bulan Ramadhan dan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredhaanKu dan keampunanKu, tiada memohon kepadaKu hari ini akan sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu .


Percayalah…Allah akan makbulkan. Berdoalah sepenuh hati mu… Hamba teringat satu ceramah dari seorang penceramah,, katanya list kan segala doa-doa sepanjang ramadhan, dan kemudian selepas Ramadhan tandakan yang mana Allah perkenankan. Hamba secara peribadi, tidak pasti perkara ni praktikal atau tak..tapi hamba sendiri pernah buat tahun lepas… subhanallah semua yang hamba listkan tertanda… walaupun hamba sendiri tak sangka hamba akan dapat, tapi hamba dapat…subhanallah…

Seorang sahabat hamba, kalau di ikutkan kitaran haidnya, haidnya dijangka pada akhir Ramadhan, tapi atas keinginan untuk bertemu lailatul Qada. Lantas dia berdoa dengan sepenuh hati….Ya Allah, aku ingin sujud pada mu di malam lailatul qada. Aku ingin merasa manisnya nikmat bertemu dalam solatku di 10 malam terakhir…..subhanallah, Allah perkenankan doanya, haidnya kalau diikutkan selama seminggu, tapi hanya 2 hari… Allahuakbar…

Ayuh hatiku serta sahabat, mari sama2 perbanyakkan berdoa……

No comments:

Post a Comment