Tuesday, November 3, 2009

kehidupan ini sungguh tidak adil bagiku

Kehidupan ini sungguh tidak adil bagiku. Aku merasakan semua orang tidak menyukai kehadiranku. Aku hanya insane biasa. Insane yang berada pada kelas bawahan bukannya menjadi bualan orang. Jauh sekali untuk menjadi sanjugan orang. Aku lelah dengan kehidupanku. Tapi apakan dayaku. Kerjaku sebagai kuli, menyedut najis-najis manusia dalam tangki, itulah kerjaku setiap hari.

Ah, semua insane akan memandang jijik kerjaku, hatta kalaulah aku ini ingin meminang wanita-wanita, pastinya tidak akan ada yang sudi. Kalaulah ada yang sudi, pasti ibubapa tidak merelai membiarkan anaknya berkahwin dengan seorang lelaki yang kerjanya sentiasa bergelumang dengan najis.

Kadang-kadang aku pernah terfkir untuk bertukar kerja. Tetapi setiap kali aku ingin menyesuaikan diriku dengan kerja baru, pasti aku menemui kegagalan, akhirnya aku kembali bertukar kepada kerjaku yang kini.


Hari ini, aku bertemu dengan seorang lelaki tua selepas aku bertarawih di kampungku. Aku sebenarnya malas untuk bertarawih, kerna telingaku sudah jemu untuk mendengar pertanyaan orang kampong tentang kerjayaku, tentang waktu bila aku akan menamatkan waktu bujangku. Aku tahu dan aku faham mereka bukannya mengambil berat terhadapku, tetapi ingin menyindirku.


Ada orang kata aku terlalu pesimis dengan kehidupanku, tetapi hakikatnya, aku terpaksa melalui semuanya. Semua orang tidak mengenali hatiku, sehinggalah satu hari aku bertemu dengan seseorang… seseorang yang membawa seribu makna dalam kehidupanku.

“ Abu, apa yang Abu dapat dari kerja Abu?”, Tanya si tua itu dengan wajahnya yang bersih. Aku pada mulanya tidak berapa menyukai cara dia bertanya, mula berubah hati apabila melihat air mukanya yang cukup tenang dan bersih. “ entahlah Pak Cik, kadang-kadang saya cukup benci dengan kerjaku, saya benci bila semua orang mengetahui kerjaku”


Pak cik itu hanya tersenyum. Senyum itu membuatkan lidahku laju meluahkan segalanya yang ada pada hatiku. Selepas segalanya, akhirnya PakCik itu bersuara, “ nak, kerja yang kamu buat itu sungguh mulia, Allah dan Rasul sangat bangga dengan kerjamu, malahan seluruh muka bumi ini sangatsangat berterima kasih dengan kewujudanmu. Nak, kerjamu itu menyenangkan ramai orang, membuang kotoran merupakan satu sedekah yang pahalanya berlipat kali ganda. Kamu menyenangkan umat ini beribadah dengan sempurna. Manusia menjadi mudah beribadah degan hati yang tenang, bayangkan kalau kamu tiada, pastinya hati mereka tidak tenang, terganggu dengan kotoran itu. Ya Allah, terlalu tinggi nilainya di Mata Allah dan rasul atas kerjamu itu, anakku”.



Mataku mengalirkan air mata yang sungguh deras. Aku tidak pernah menangis sebanyak itu. Aku mendakap lelaki tua itu. Aku mengongoi seperti budak kecil. Apa yang aku rasakanketika itu, adlah kasih sayang Allah. Ya, aku merasakan kasih sayang itu meresap dalam hatiku.. ya aku diciptakan di muka bumi dengan tugasku tersendiri. Aku mula mengenali kehidupanku, aku mula mengerti makna kehidupan yang hakiki..


Walau sekecil manapun tugas, tatapi kalau dibuat dengan penuh keikhlasan dengan niat nak mencapai redha dan kasih sayang Allah, pasti tidak akan sia-sia, tidak kan sia-sia- tidak akn pernah sia-sia. Sungguh.. kita buat sesuatu bukan untuk dilihat pada mata orang, tetapi kita ingin persembahkan untuk Allah. Ya Allah tidak pernah mahu kepada amalnku, tetapi aku yang mahu kepada Allah dengan mematuhi segala arahanya dan menjauhi segala larangannya.

No comments:

Post a Comment