Thursday, March 17, 2011

anda betul-betul faham?

Rasulullah bersabda: sampaikan walau satu ayat. Sekadar untuk perkongsian. Walaupun tahu mungkin tak ramai yang membacanya, tapi mengutip kata hikmah Ketua Wanita Ikram, ustazah Maznah, : tulislah apa saja yang terlintas di hatimu, untuk berdakwah. Sekalipun tak ramai yang membaca, tulis dan terus tulis.

Hasil perbincangan dgn assoc prof Dr Saufi Man, beliau menegaskan punca mengapa umat islam mundur dan lalai dengan kehidupan dunia ialah kerana mereka tidak memahami apa yang mereka baca di dalam solatnya, juga bacaan Al-Quran yang dibaca tiap – tiap hari, begitu juga zikir-zikir yang dilafazkan dari mulut. Kalau sudah tidak memahami, apatah lagi untuk mentadabburinya, memahaminya dengan lebih mendalam lagilah begitu sukar.

Malahan dunia reality, manusia yang belajar B.Arab, samada memang berbangsa Arab, atau juga yang mendalami ilmu Bhasa Arab dengan lebih tinggi, kadang2 tidak memahami dengan mendalam apa yang mereka baca di dalam solatnya.

Puncanya adalah kerana mereka memndang ringan perkara tersebbut,
Beliau mengajak insan2 termasuk diri ni yang memang takhasus dalam B,Arab, untuk mula memahamkan masyarakat tentang kondisi ini. Kita bukan hanya berperanan untuk mengajar Nahu Sorof, ittisal, maharat qiraat, kitabah, istima’, atau kalam, tapi peranan kita adalah untuk memahamkan mereka apa yang mereka baca dalam solat, dalam doa2, zikir2 harian mereka. Setiap kali belajar tentang nahu, saraf, maharat, kaitkan dengan apa yang selalu mereka baca dalam kehidupan mereka.

Ramai mungkin yang tak memahami bacaan tasyahud akhir yang mengandungi 3 salam, salam 1- Salam tahiyyah toyyibah rasulullah kepada Allah. “ attahiyyah thoyybah lillah”, salam ke-2, Allah membalas salam Rasulullah, “ as salamu alaikan ayuha nabbiyyu wa rahmatullah wa barakatuh”. Kemudia kerana cintanya Rasulullah, Rasulullah membalas dengan salam kepada seluruh hamba solihin. “ as salam alainan wa ala ibadika solihin.”


Andaninya kita memahami apa yang kita baca tiap2 hari, sudah pasti kita punya hubungan yang begitu rapat dengan Allah,Rasulullah, dan juga umat Islam keseluruhannya.

Terlalu banyak rahsia yang belum tersingkap. Moga kita sama2 terus berjuang.

No comments:

Post a Comment