Monday, April 25, 2011

AJARI AKU TENTANG CINTA. AJARI MEREKA TENTANG CINTA.


AJARI AKU TENTANG CINTA. AJARI MEREKA TENTANG CINTA.


Ketika sesi akhbar islami di dalam halaqah baru2 ini, antara yang kami bicarakan ialah berita tentang filem porno 3D, yan tersiar di Hong Kong baru-baru ini. Mulanya saya tidak amik kesah sangat, tapi rupa-rupanya kita perlu amek kesah.

Filem 3D, mengikut kawan saya apabila ditonton, nampak seolah-olah real. Mengikut berita, filem itu memaparkan kisah seks ganas tapi berunsur cinta.

"The sex scenes are explicit and sometimes violent, but the main theme of the story is love," said Sun, the director.

Ini mengambarkan bagaimana masyarakat dunia memahami erti cinta, yang penuh keganasan jauh dari kelembutan. Bimbang sangat kiranya filem ini tersebar ke Malaysia. Dan seharusnya kita ingat, bahawa perkara itu tidak mustahi berlaku, dengan kemudahan YOUTUBE, internet downloader, CD2 dan lain2.

Apa usaha kita semua untuk menghalang ini semua. Dunia ini semakin terbalik. Cinta difahami dengan cara songsang.

Cinta yang sebenar bukan hanya gejolak hati yang datang saat melihat pasangan, tetapi ia adalah satu kata kerja. Kerja dan amal yang perlu senantiasa diusahakan. Sebagaimana untuk kita mencintai Allah, kita perlu mengupayakan segala usaha dan tenaga, berlipat kali, bersusah payah bangun malam, melawan keinginan nafsu semata-mata mahu meraih cinta Allah, begitu juga yang seharusnya kita fahami bila membicarakan tentang cinta. Perlu usaha untuk cinta.

Seperti Salim A.fillah dalam bukunya Jalan Cinta Para pejuang, mengatakan mana mungkin bila seorang suami mahu menceraikan isteri hanya kerana alasan “ aku sudah tidak mencintainya”. Tidak. Cinta bukan hanya datang begitu saje, tapi perlu diusahakan, dan terus berusaha.

“Mata airnya adalah niat baik dari hati yang tulus

Alirannya adalah kerja yang terus menerus”

Untuk mendapat CINTA, sewajibnya dimulai dari hati yang ikhlas, niat yang bersih dan benar. Pernah seorang sahabat bertanya, “ bagaimana nak ikhlas dalam soal cinta, bagaimana nak dapatkan cinta kerana Allah”?

Saya menjawab:

“ kita berniat untuk mencintainya dalam rangka untuk mendapatkan cinta Allah, kita mencintainya adalah semata-mata untuk menjadikan diri kita, diri dia, dan orang di sekeliling kita dekat dengan Allah.”

Dalam konteks memilih pasangan untuk dicintai, kita memilih seseorang yang dapat membantu perjalanan hidup kita agar kita semakin dekat dengan Allah, dan kita juga sendiri berazam untuk membantu pilihan kita untuk mencintai Allah, untuk menjadikan cintanya kepada Allah semakin besar, semakin nikmat.

Dalam konteks mencintai suami, kita mencintai dia kerana Allah, kita akan senantiasa mengubah diri kita, menjadi semakin baik, dalam rangka untuk menjadikan pasangan kita tenang dan dekat dengan Allah. Sebagaimana pengorbanan Khadijah dari segenap aspek. Cinta Khadijah mengukuhkan semangat rasulullah saat baginda teruji tatkala mendapat wahyu pertama.

Dalam konteks ibubapa, kita mencintai ibu dan ayah, dengan berbuat baik kepadanya, agar kita dan mereka semakin rapat hubungannya dengan Allah. Kita akan terus berkorban semata-mata untuk melihat mereka, mendapat keampunan Allah, medapat kebahagian dunia akhirat, dan juga untuk memastikan diri kita sendiri menjadi hamba yang dicintai Allah. Bukankah Allah sangat mencintai hambanya yang berbakti kepada ibubapanya.

Insan yang memahami cinta, memahami tujuan dia hidup, akan jauh dari cinta yang terpesong, jauh dari filem2 porno yang menyesatkan, jauh dari telenovel yang membingungkan, jauh dari novel-novel cinta yang mengotorkan makna sebenar cinta.
Sebaliknya dia akan berusaha sedaya mungkin, memahami cinta, berusaha untuk mendapatkan cinta, melalui ayat-ayat cinta dari Allah, Al-Quranul karim, melalui sabda2 baginda, melalui sirah2 perjuagan orang yang mencintai kerana Allah.

25 april 2011/ isnin
Ruqaiyyah/ blok E
9.00pm
“Ya Allah, kurniakan aku cinta, cinta yang suci
dan tulus, agar dengan cinta ini
Membawa aku mencintai MU dengan sebenar-benar
cinta. Ya Allah, ajari aku Tentang Cinta, agar
aku benar-benar memahaminya”

1 comment:

  1. Aslm wbt

    ukhti fillah.. ana banyak sgt belaja tentg cinta dari nti dan akhawat d cc.
    kalian telah mngjrkan saya satu cinta yang benar2 unik. cinta yang semakin dekat kepada Tuhan segala cinta.

    ReplyDelete