Tuesday, June 28, 2011

bingkisan rindu

Bingkisan rindu….rindu untuk menulis sesuatu..semoga bermanfaat bagi yang sudi mebacanya…

Terlalu banyak yang mahu dikisahkan..berderetan layar ingatan sebuah memori, untuk disejarahkan dalam bentuk penulisan….perubahan- perubahan terus berlaku dalam sebuah kehidupan…

Begitulah hidup, sedar tak sedar…ianya terus berjalan..terus dan terus.. persoalannya sama ada kita menggunakan sebaiknya peluang yang diberikan oleh Allah s.w. t atau tidak.

Saya yakin…walau sejahat mana pun seseorang, senakal manapun akhlak dia,, dia pasti mahukan sesuatu kebaikkan dalam dirinya. Ya, saya tahu…dan saya tersangat faham…kadan-kadang manusia ini, dia sangat lemah dengan godaan nafsu dan syaitan. Mungkin saat dia mahu berubah, terlalu banyak godaan yang menghalang perubahan dia, akhirnya dia kalah dengan itu semua, dan akhirnya sifat negative yang mengalah, tak mampu, lemah,, malas terus membelenggu dirinya…kalah dengan keadaan persekitaran..


Oh…alangkah ruginya kehidupan ini…ruginya…mengapa harus begini? Bukankah kehidupan kita sementara..sebentar ajer…lepas tu, kita akan beralih ke fasa yang baru.
Hati… bukankah bila kita mendengar berita kejayaan orang lain, kita juga mahu seperti dia. Kejayaan dia membuatkan kita cemburu, mengapa dia boleh dan bisa membuat perubahan yang membuahkan kejayaan. Apa kita tidak mampu? Sedangkan kita dengan dia, juga manusia. Punya akal. Punya potensi tersendiri.

Hati..apa khabar dirimu? Dalam kondisi imankah? Dalam semnagat yang senantiasa membarakah? Atau dalam kondisi yang melelahkan?

Ya Allah, jauhilah diri kami dari sifat malas dan lemah!!!

No comments:

Post a Comment