Tuesday, October 25, 2011

antara kerja dan belajr

Aku memulakan catatan ini dengan menyebut nama Mu Ya Allah, agar catatan ku ini dapat memberikan sedikit pencerahan buat diri ini..yang sedang mencari jawapan…
Hamper 3 bulan aku bekerja di SEK REN ISLAM ADNI, sekolah yang sebenarnya banyak mengajar erti kehidupan kepada ku, dan setiap kali, sahabat2 bertanya, bagaimana kerja? Pastikan ada senyuman di wajah, dan jawapanku : mengajar dapat menghilangkan stressku. Betapa cinta aku pada dunia mengajar…

Di sini jua aku belajar Bahasa Inggeris, kerana apa…kerana aku mengajar subjek Islamic Studies, matapelajaran yang diajar dalam BI, satu cabaran bagi aku sendiri, yang jarang berkomunikasi BAhasa Inggeris. Aku banyak belajar dari murid-murid, kerana mereka memang sangat terrer English lebih dari cikgunya, lantaran menjadi kebiasaan bila murid menegur pronounciationku salah.. memang kadang2 malu, tapi aku belajar sesuatu…

Mengajar dan juga belajar…bukan satu yang mudah, ditambah pula dengan kerja2 wajib, dakwah dan tarbiyah…yang akhirnya….aku terpaksa membuat keputusan sama ada kerja atau belajar?
Tambahan aku punya masalah dengan seorang lecturer, yang tidak sukakan kelas dibuat pada waktu petang, mahu ditukar pada pagi, dan aku confirm2 tak dapat…ekoran waktu kerja..

Memang pada awalnya,saya add subject mengikut waktu yang saya available…tapi jadual itu mahu ditukar oleh lecturer tersebut..

Dan akhirnya,, saya nekad berhenti kerja…merasakan study adalah lebih awlawiyat bagi fikiran saya sendiri..

Tup2 keputusan saya nak berhenti kerja, tersebar pada rrakan2 guru di sekolah, ada yang menyokong, kerana memahami kondisi saya sendiri.

Seorang rakan, dari Morroco, mendapat berita yang saya kan berhenti, bertanya, alas an saya berhenti dan lain-lain. Ini adalah sedikit nasihat dari dia….
“ umur you berapa sekarang?”

Mula2, pelik jugak nape dia Tanya umur, rupa-rupanya ….dia menjawab :

U dah tua, , takkan U nak berharap pada orang tua lagi, atau future husband, untuk tanggung segala biaya hidup U. No, antara ciri seorang Mukmin, adalah Qadirun Ala Kasbih, mampu menanggung hidupnya sendiri tanpa bergantung harap pada yang lain. U nak berhenti keje, and then u tumpu belajar, hidup senang.. mana mungkin.. kehidupan ini jihad, penuh dengan susah payah…

Dia juga turut berkongsi tentang kehidupannya sebagai Ibu tunggal yang punya 3 anak perempuan, hidup di Negara orang, juga sekarang sedang menyambung PHD, secara jarak jauh, pernah mengambil 2 degree dalam masa yang sama…

Dan akhirnnya dia membuat satu conclusion, manage your time…. You can do it. Do not stop your work here..adni is the best place to gain skills and knowledge. u cannot find any place like Adni.

Kata-katanya membuat sekali lagi, aku berfikir panjang, berhenti atau teruskan….

Kata-katanya membuatkan aku juga terfikir, dalm kesibukan aku membuat assignment, menyediakna lesson plan, persediaan program2 dkwah dan tarbiyah, aku still ada masa untuk tidur lebih masa, still boleh bersembang2, still boleh melayari internet, maknanya sebenarnya, aku masih lagi gagal mengurus masa dengn baik…

atau adakah aku terlalu mengejar dunia sehingga menggabaikan dakwah dan tarbiyah?
yang manakah ya Allah, sehingga aku membuat keputusan terbaik untuk agamaku...dan dakwah...

Adakah itu jawapannya? Ya Allah, tunjukkan aku jalan…kadang2 perkara yang kita suka itu tidak baik untuk kita, dan kadang2 perkara yang kitak suka itu, lebih baik untuk kita…kurniakan kau jalan

1 comment:

  1. InsyaAllah...teruskan berdoa...hidup dalam perancangan Allah...yg penting niat kita...

    ReplyDelete