Sunday, May 6, 2012

saat jumaat yang indah

Saat lelaki berbondong-bondong menuju ke masjid, menunaikan solat jumaat, satu pandangan biasa kan?

 Suasana itu pernah saya nikmati semasa berada di UIA, juga ketika satu waktu dahulu saat family menginap di Quarters guru berdekatan dengan masjid, dan juga saat ketika menjadi guru di salah sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur, ketika itu setiap jumaat 12.30-2.00pm tugas saya dan seorang lagi guru menjaga kanak-kanak rebena yang comel lote berlatih renang, kolam renangnya tertutup, berdekatan dengan sebuah masjid. 3 permandangan yang tidak akan pernah dilupai dalam hidup saya. Kerana ia mendamaikan hati..suka sangat tengok AR-RIJAL berjalan berduyun-duyun menuju ke masjid.

Alangkah bertuahnya kalau kesemua Rijal-Rijal tadi benar-benar menghayati langkah mereka ke masjid itu. Em.. Ha..sebenarnya bukan nak menulis tentang RIJAL dan solat jumaatnya, tapi satu peristiwa di sebaliknya. Em, kisahnya di UIA, ada sekumpulan pelajar merasakan agak sesuai untuk mengadakan satu program khusus untuk pelajar wanita, tidak lama sekitar 40 minit, memberikan sedikit taujihat dan nasihat tentang kehidupan. Alhamdulillah, mereka sangat komited. Dan satu hari tu, saya yang banyak sangat kekurangan ini dijemput untuk menjadi muwajih iaitu memberi nasihat untuk mereka
. Sebenarnya taujih-taujih itu bukan untuk mereka, tapi kepada diri sendiri kan, jadi walau banyaknya kekurangan diri kita, terimalah amanah yang dipertanggungjawabkan sebab fikirkanlah ianya untuk diri kita, nasihat itu untuk diri kita sendiri, betul tak? Tajuknya adalah Ghazwatul Fikri. Dengan ceteknya ilmu yang ada, ilmu yang sedikit itu dikongsikan dengan mereka….

 Di akhir rancangan, seorang adik, pelajar perempuan mengangkat tangan bertanyakan satu soalan,

 “ kak, dari apa yang saya fahami, pihak musuh Islam cuba untuk jatuhkan kita dengan cara merosakkan akhlak dan jati diri kita,ianya dilakukan dengan berbagai cara, antaranya berlambaknya video-video , drama-drama korea, jepun, hong kong segala jenis la yang melalaikan. Tapi kadang-kadang, kita manusia biasa kak, nak juga hiburan. Apa ye batas Islam dalam hal ini?” 

Nah, satu persoalan yang sangat realistic bukan? Ya, kita katakan filem-filem itu tidak bagus, mengandungi serangan pemikiran dan sebagainya, tapi kita lihat juga, bukan kerana apa, tapi kerana BOSAN, MENGISI MASA LAPANG, MELEPASKAN TENSION, kan? Kan? 

Kalau bercakap tentang hokum, saya bukan orang yang selayaknya. Tapi hakikatnya filem-filem korea yang romantic-romantis gitu akan melahirkan insane yang suka berfantasi dan berkhayal.
Bukankan Rasulullah bersabda : “ angan-angan itu bisa mematikan hati”? pendekkan angan-angan mu, tapi perbanyakkanlah mengingati mati. Ya ALLAH, tuhan pemilik hati-hati, tumbuhkan rasa kebencian ke dalam hati kami terhadap perkara-perkara yang melalaikan kami, kurniakan kami kekuatan untuk melawan nafsu dan keinginan kami.
Nasihat saya kepada DIRI saya dan juga Adik-adik itu, : Dik, fitrah manusia, satu saat dia sangat bersemangat untuk berbuat sesuatu kebaikan, dan adakalanya ada waktu yang dia tak bersemangat.

Ketika waktu tak bersemangat itulah, kita banyak menuruti nafsu kita kan, rasa nak hiburkan diri, rasa nak buat sesuatu untuk diri agar tenang, kan? ALLAH yang menciptakan kita dik. Dia tahu apa keperluan dan keinginan kita.

 Saya katakan pada mereka, “ Allah ciptakan alam di sekeliling kita, untuk apakah? Untuk KITA, saat kita lelah dan letih, pandanglah langit, bukankah mendamaikan? Saya pernah menangis teresak-esak melihat langit. Saya rasa damai. Rasa lelah, tak bersemangat sirna tiba-tiba, muncul satu kekuatan baru. Daki gunung atau bukit,gunung macam tinggi sangat.  lihatlah alam kehijauan ini, hati yang gundah pasti kembali bertenaga, Berenanglah merentasi lautan, boleh aje berenang di swimming pool.

Rasailah perasaan tenang yang semulajadi itu. Berjogging, dengan menghirup udara pagi. Bukankan mendamaikan.

Ayuh..tukar cara kita..Berinteraksilah dengan Alam di sekelilingmu.. rasailah kelainan itu…

 Mungkin sukar untuk kita berhenti scara mengejut, melihat filem-filem romantic itu, tapi PERCAYA dan YAKIN la, bahawa ia tak membawa manfaatpun,, tipu kalau kita kata kita akan tenang selepas menyaksikannya berhari-hari.

JUJURLAH dengan hatimu.. Tapi, kita lemah kan?

 Saat masa kita tak bersemangat, kita akan lupakan segala tekad kita, betul? Akhirnya kita menuruti keinginan kita, penangannya bersiri-siri drama kita saksikan berturut-turut.

Bangkitlah, cari kekuatan bermunajat kepada ALLAH. DIA maha mendengar rintihan kita, rintihan yang kita tak nak terus menerus berada dalam khayalan filem romantic. Kuncinya, anda mahu atau tidak? Sekiranya mahu, ayuh kita doa sama-sama.

Ya ALLAH, tuhan pemilik hati-hati, tumbuhkan rasa kebencian ke dalam hati kami terhadap perkara-perkara yang melalaikan kami, kurniakan kami kekuatan untuk melawan nafsu dan keinginan kami.

No comments:

Post a Comment