Friday, November 16, 2012

TABAH sebuah kehidupan


3 malam bermalam di Asiah, 3 malam tidak pulang ke Zahratul Ikram, teratak yang penuh dengan memori. 2 malam makan meggi berturut2 huhu. 

Ya Allah, aku mencari diri di sini..lama tak bersendirian.. mencari diri…kelam…ya Allah..aku termasuk hambaMU yang kufur. Kufur dengan nikmatmu.. 

semalaman bersembang-sembang dengan seorang adik yang sungguh bermakna, dari Vietname . tidak sedar jam sudah ke angka 2 pagi. 

semalaman berkisah tentang erti sebuah kehidupan. Rupa-rupanya di sebalik wajah yang tidak pernah lekang dari senyuman ceria, dari kudrat tubuhnya yang aktif beraktiviti tanpa rasa lelah dan letih, tersimpan seribu kisah..kisah yang sungguh bermakna, hingga mencorak dirinya seperti hari ini..

 keluarga pelarian Vietnam berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain semenjak kecil ekoran selalu dikejar polis. Ditinggal sendirian di rumah meneruskan pengajian darjah 3, sementarara ahli keluarga lain lari berpindah ke negeri lain. Ya Allah, engkau peliharanya dari kecil sehingga kini boleh meneruskan pelajaran di UIA.

Dia berkisah, bagaimana susahnya keluarganya perlu mendapatkan visa, yang perlu senantiasa diperbaharui setiap bulan, kosnya sudah menelan berates-ratus untuk seorang, bagaimana mungkin keluarganya mampu dengan ahli keluarga yang ramai.

Dia berkisah tentang waktu cutinya, dia menjaja baju ke sana ke mari, hingga merantau di negeri bersebelahan, demi mencari rezeki.. di waktu lapang, dia menjadi pembantu rumah di rumah2 lecturer yang memerlukan khidmatnya..

Dia berkisah itu ini…bukan untuk mengeluh, jauh sekali menangisi..tetapi menunjukkan sayangnya ALLAH kepada dia dan keluarga.

Di sebalik kesusahan keluarganya, ayahnya menjaja ais skrim, ibunya menjaja baju…Allah tetap mengurniakan rezeki kepada Hambanya..

Dia berkisah bagaimana dirinya mendapat ummatic scholarship, yang mana kalau mengikut perkiraan manusia, mustahil untuk mendpatnya dengan syarat-syaratnya yang ketat. Tapi ternyata yang memberikan rezeki itu adalah Allah.

Dia berkisah tentang adiknya yang meneruskan pengajian tahfiz swasta, kerana tidak boleh menyambung di sekolah kerajaan. 200 lebih sebulan harus dibayar untuk pengajian adiknya. Dan Allah mengantar seorang lelaki kaya untuk menjadikan adiknya anak angkat, dan menanggung semua perbelanjaan adiknya..
Allah… subhana Allah.. cukuplah Allah sebagai pelindung kami..

Ceritanya buat diriku menangis, tapi pasti ku tahan di depannya. Hehe.
Semoga dirimu tabah dik..akak juga ingin setabah dirimu secekal itu menghadapi makna sebuah kehidupan. Uhibbuki fillah

No comments:

Post a Comment